Monday, February 4, 2013

Bandung - Gng. Tangkuban Parahu * berkuda -

Assalamualaikum

Masih di Gunung Tangkuban Parahu. Aku berpeluang untuk menunggang kuda, walaupun pada mulanya aku kasihankan kuda tu, almaklumla aku ni overweight!!!!!tetapi setelah diyakinkan oleh pemilik kuda itu sendiri maka aku gagahi jugak. Paksu pun cakap peluang macam ni bukan senang nak dapat so naik je lah. 

Gambar yg dibawah sekali, adalah gambar pokok Wariskukun. Pokok ni hanya tumbuh dikawasan gunung berapi. Apa yg unik tentang pokok ni ialah apabila dikikis kulit luarnya, akan nampak ukiran yg sangat cantik didalamnya. Subhanallah ciptaan Allah. Bahagian dalam pula isi nya lembut macam sponge..Mak dan paksu beli potongan pokok ni untuk dibawa balik ke Malaysia. Tapi kami ditahan pihak berkuasa Indonesia semasa di airport!!. 
# akan diceritakan pengalaman ditahan itu dientri seterusnya okeh..#

Kuda yg aku tunggang bernama Rangga. Cute dan baik sangat. Umur Rangga 5 tahun. Thank you Rangga!

Add caption



Bandung - Gunung Tangkuban Parahu

Assalamualaikum

Sedar tak sedar, dah tiga hari aku kat Bandung. Dah mula rindu Malaysia! Oh nasi kandaq, oh roti canai, oh teh tarik, oh meggi. Meggi pun termasuk dalam senarai okeh!.. asyik ingat makan je ko Nurul Fairuz. Camner nak pakai kebaya nanti? Diet wehh.

Ok pagi pagi lagi abg ijal dah menunggu kami dilobi hotel. Aku tengok jam aik baru pukul 8 lagi. Kenapa harini abg ijal datang awal nih? Sambil breakfast bersama, abg ijal cakap harini kita nak pegi Gunung Tangkuban Parahu. Lokasi agak jauh sebab tu kena keluar awal sikit. Cepat sampai sana cepat kita turun balik ke Bandung....kan kata nak repeat shopping di Pasar Baru. Yeaaa, cayang abg ijal hikhik. Dia ingat rupanya semalam aku ada cakap nak pegi lagi Pasar Baru. Tak puas weii shopping hari pertama.

Breakfast nasi goyen je kat hotel. Tempe tak lepas. Sedap tempe kat sini.

Perjalanan ke Gunung Tangkuban Parahu lebih kurang macam Cameron Highland kat Malaysia. Suhu pun macam lebih kurang je. Tapi bila sampai di atas suhu lagi sejukkkk. Macam pasang aircond!!. Sejuk dan berangin. Abg ijal dah pesan kat kami awal awal lagi dalam kereta, sebelum sampai ke Gunung Tangkuban Parahu, abg ijal pesan jangan beli barang kat atas sana, mahal. Kat atas peniaga lagi ramai dan jenis suka kerumun kat pelancong ramai ramai. Ok sayang abg ijal sebab bagi pesanan berguna untuk kami. 

Sampai di atas wahhhhhh pemandangan tersangatlah santek. Subhanallah ciptaan Allah. Gunung ni last meletus pada 1969. Ada 4 kawah semuanya tapi yg kami pergi ni kawah yg terbesar dan gunung ni masih aktif!!! Gunung ni adalah dari mitos Sang Kuriang yg bercinta dengan ibunya sendiri. Bila dihalang percintaan mereka maka Sang Kuriang menyepak perahu lalu perahu itu tertelangkup dan kawasan itu meletus menjadi gunung berapi. Sebab itu namanya Gunung Tangkuban ( telangkup ) Parahu ( perahu ).

Memang betul cakap abg ijal. peniaga sangat ramai dan memang mereka terus kerumun kami bila kami turun je dari kereta. Rasa cam artissssss pulok. Ye lah tak pernah aku dikerumun orangsampai macam tu sekali. Yang bestnya semasa kami nak balik, abg ijal dah siap siap bukakan pintu kereta untuk kami. Kira dia bagi hint suruh masuk dalam kereta cepat cepat. Tapi masing masing tak paham, dok ralit lagi. Abg ijal cakap, takkan lah dia panggil kami MASUK MASUK DALAM KERETA CEPAT!!! hahaha mnalah nak tau hihi. Sekali lagi, cayang abg ijal sebab dia memang jaga kami sebaik mungkin.



k



Sunday, February 3, 2013

Bandung - day 2 at Ciwalk -

Assalamualaikum



Selesai shopping di Factory Outlet di Jalan Dago kami meneruskan misi shopping dan mengisi perut. Kami berhenti makan tengahari di Restoran Doa Mande. Mande itu ibu. Jadi kalau bahasa Malaysia maknanya Restoran Doa Ibu..lega dan puas hati sangat dapat makan makanan berkuah.

Jangan terkejut bila masuk kat Restoran makanan padang ni. Waiter akan hidangkan berbelas belas mangkuk lauk untuk dipilih. Maknanya makan yg mana kita nak makan je. Yg tak nak makan kita letak tepi. Jangan dicuit walaupun kuah mereka akan kenakan charge. Sedap lauk kat Restoran Doa Mande ni. Ada lauk nangka masak lemak, sotong masak lemak, gulai daging rincik ermmmm sedapnye. Memang puas makan kat sini.

Perut dah diisi, apalagi teruskan misi shopping!..Abg ijal bawa kami ke Cihampeles Walk @ juga dikenali dengan nama Ciwalk. Ciwalk ni kira shopping mall moden la. Semua ada kat sini. Kat Ciwalk ni juga kadang kadang diadakan acara yg besar besar yg masuk dalam televisyen. Aku kagum dengan seni bina Ciwalk. Sangat unik! lain dari yg lain. Susah nak cerita. Kena datang ke Ciwalk ni sendiri baru tau.. Seolah olah berjalan atas angin pun ada. 

Di Ciwalk, kami singgah kat food court untuk alami experience buat waffle sendiri. Kedai yg tawarkan perkhidmatan pelanggan membuat waffle sendiri adalah kedai Yogya Express. Memang best!!..first time buat, masak waffle sendiri, hancur waffle dibuatnya. Tapi itulah pengalaman yg menarik di Ciwalk. 
Add caption



Saturday, February 2, 2013

Bandung - day 2, shopping lagi -

Assalamualaikum

Bila nak habis entri day 2 di Bandung ni agaknya. 
Rasanya hari ke 2 lah hari paling memenatkan kami. Shopping shopping shopping dan shopping...kalau kaki bole cakap mesti dia menjerit ' cukuplahhhhh !!! '.

Bali tshirt untuk abah. Yg mak dan paksu pegang tu. Rambang mata kat sini. Nafsu shopping memang membuak buak. Terkejut bila tengok price tag. Memang murahhh..

Masuk Donatello pulak. Jual kasut sahaja. Serta merta asut yg dipakai dari Malaysia lagi buat kaki jadi sakit. Abg ijal dah usik. Amboi serta merta kaki sakiittt melecet hahahaha buat akal nak beli kasut baru lettew. Tapi big bos yg tanya, tak nak kasut ke? cantik ni..ohhh pucuk dicita ulam mendatangla khannnnn..


Bandung - day 2, factory outlet -

Assalamualikum

Masih hari ke 2 di Bandung.
Selesai shopping di Pasar Tumpah kami bergerak ke Jalan Dago. Berderet deret Factory Outlet kat sini. 


Masing masing kelaparan. Singgah makan di Grande Cafe Jalan Dago. Tengok tu muka mak dah keletihan...

Factory Outlet kat sini jual baju baju jenama yg ori..yg best sebab harganya jauh lebih murah berbanding di Malaysia.

Blossom..shopping tshirt utk abah




Bandung - day 2 -

Assalamualaikum dan haiii

# Malam pertama di Bandung, aku dan mak mengira baki duit yg tinggal di dalam bilik hotel sebelum tidur. Mak tanya esok kita nak jalan ke mana. Aku cakap kat mak tadi abg ijal dah bagitau esok kita ke Factory Outlet. Kat sana banyak baju jenama tapi murah murah. Mak cakap duit cukup ke ni? Sebab pe mak cakap macam tu, siang hari pertama kami di Bandung, mak telah belanja 5juta rupiah!!! hanya untuk kain pasang. Tak pe mak, tak cukup duit nanti kita pergi tukar kat money changer ye #

Hari ke 2 di Bandung.
Kami keluar dari hotel jam 10 pagi, selepas breakfast. Hari kedua aku tak ada selera nak makan breakfast di hotel sebab mereka sediakan nasi putih untuk dimakan bersama sup kacang yg jernih!!! potong selera terus. Aku dah ada gastrik. Aku tengok ada bubur pulut hitam yg pekat nampak sangat menyelerakan. Tapi bila dah makan, teramat manissss pulok. Aku memang tak gemar makan makanan yg manis. Jadi aku keluar dari hotel dengan perut kosong.. tak pe duhai perut shopping punya pasal. Jangan sakit sudah...

Destinasi pertama kami ke Pasar Tumpah yg terletak di Lapangan Gazebo Bandung berhadapan dengan Pejabat Gabenor Bandung. Pasar ni hanya ada pada hari Ahad sahaja. Lebih kurang macam pasar pagi @ pasar tani di Malaysia. Nak macam Road Walk Penang pun ada. Tapi pasar ni tersangatlah luas. Kami hanya sempat pergi suku je dari keluasan pasar ni. Lengu kaki weiii tak usah cerita. Pasar Tumpah ni jual macam macam benda dari makanan sampailah ke bag, binatang, baju, kasut, cd hiiiiiii macam macam ada...( macam arwah pakcik astro tu )..Maksu aku shopping banyak barang kat sini. Beg kasut lebih kurang sama macam di Pasar Baru. Tapi kat sini jauh lebih murah...mak beli wallet kulit sapi untuk abah..paksu pun beli wallet jugak.

Shopping punya shopping perut lapar. Mak belikan aku roti goreng yg sangat rangup dan sedappp. Dalam roti tu ada inti keju. Bayangkan roti tu rangup lepastu bila digoreng keju kat dalam cair perrggghhhhh meleleh wooo...




Selesai shopping di Pasar Tumpah, kami bergerak ke Factory Outlet di Jalan Dago. FO ni kira tempat ' must visit ' bagi pelancong Malaysia. Sampai je di Jalan Dago, kami isi perut dulu di Granade

Friday, February 1, 2013

Bandung - day 1 # shopping kain #

Assalamualaikum

Aku ni bila malam baru ada mood untuk menulis blog. Tengah malam sunyi je kan, idea pun mencurah curah keluar. Ok cerita hari pertama di Bandung.

Kat sini aku dan mak rasa pening sikit sebab Subuh awal. Lepas tu pukul 6 dah cerah macam pukul 7 di Malaysia. Pagi tu aku bangun tengok cahaya kat tingkap hotel eh! biar betik kan? cerah semacam je. Cepat cepat aku tengok jam tangan aku. Eh pukul 6.30 apasal cerah nih. Then baru tersedar laaa aku kat negara orang. Mamun sekejap hihi. # itu baru pegi Indonesia, tak pegi negara orang putih gi, Korea ke, rasanya lagi pening aku #. Cepat cepat aku tunaikan kewajipan kepada Yang Esa. Subuh gajah...

Breakfast kat hotel biasa je. Nasi goreng. Tak snap gambar sebab rasa macam biasa je. Jam 10 pagi abg Ijal sampai kat hotel then breakfast sama sama dengan kami. Abg Ijal bincang nak jalan dekat mana dulu. 10.30 keluar dari hotel, kami terus bergerak ke rumah We We. We We ni pemborong kain pasang kat Pasar Baru. Haaaa ni yg best abg ijal jadi pak supir kami. Dia bawa kami ke tempat yg jual beda yg sama di Pasar Baru tapi lebih murah harganya berbanding Pasar Baru. Ye lah Pasar Baru sewa kedai kan. Kat rumah We We tak kena sewa kedai malah dia pembekal kain kepada peniaga di Pasar Baru. Bestnye kat rumah We We boleh melepak, lunjur kaki, siap bagi minuman bancuh kopi lagi. Kami pulak jenis terlebih peramah. Maka dipendekkan cerita, kami dapat diskaun giler giler oleh We We. Dan We We kasi kain pasang free untuk mak dan paksu sebab kami borong banyak dan kami merupakan ' pemecah telur dia ' untuk pagi itu. pecah telur tu maknanya kami ni pembuka rezeki dia la. Best banget shopping kain kat rumah We We. Kalau kat Pasar Baru sesak, ramai orang, minuman kena beli, tak de kerusi nak duduk, kalau ada pun terhad. Masa kami pilih kain kat rumah We We ada jugak geng Malaysia datang. Dari KL.Tapi macam sombong. We We pun tak kasi diskaun kat mereka. Kami tengok sendiri We We kira. Tapi kat kami diskaun giler giler. Itu la jangan menyombong di tempat orang. Alhamdulillah rezeki kedua kami selepas dapat tido free di hotel hehehehe...

Selepas itu kami bergerak ke Pasar Baru. Tempat wajib pelancong Malaysia kalau datang shopping di Bandung. Ada 7 tingkat termasuk parking di atas sekali. Aku perasan ada signboard tulis ' Gunakan Gigi Satu ' disetiap level. Gigi satu maknanya gunakan gear rendah. hahaha keras perut aku gelakkan bahasa Indonesia ni. Pelik banget. Mulakah aku usik abg ijal. Apalah guna gigi pulokkk. Habis tu gigi sebut apa? abg ijal cakap gigi gigi lah. Adoi fenin fenin.

Pasar Baru ni setiap level ada bahagiannya. Macam lantai 6, tempat food court dan jual kasut handbag. Lantai 1 jual kerepek. Kain kain setiap lantai ada rasanya. Kami tak tawaf habis pun Pasar Baru ni. Penat weiiii nak shopping satu level satu level. Boleh lembik lutut wooo. Dah la kedai dia banyak giler, rapat rapat, kena pulak weekend aduuussss bersesak pulak dengan cowok cewek Bandung. Tapi biasala orang perempuan kan, nafsu shopping punya pasal, redah aje ye. Kami singgah makan kat food court Pasar Baru di lantai 6. Makan nasi ayam penyet. Paling best dan buat aku ketagih hingga sekarang JUS APUKAT !!!!!. Jus avocado. Bersepah jus apukat ni di Bandung. Kat Putrajaya mau berbelas hinggit jus avocado niii. Haaa Bandung ni kan femes dengan jus. Merata ada jual jus. Jus mereka pekat sedap sangat. Patutla muka orang Indon cantik cantik bersinar kan. Kuat jus dan jamu!!!

Aku dan mak shopping kain pasang di butik Krish Pasar Baru. Konon nak ambil satu pasang je. Last terjadi 3 pasang. Ambikkkk kau. Maksu aku pun sama. Mula mula tak nak. Last terpukau ambik 5 pasang...ambikkkk kau. Memang susah kawal nafsu bila berada di Pasar Baru ni. Habis shopping kain, kami shopping bag pulak. Aku dan mak beli handbag dan wallet. Jalan jalan bahagian kasut, aku berkenan satu kasut ni. Memang stylo paksu cakap. Lawa ayuih try la...aku pun try. Nasib tak menyebelahi aku. Takk muat. # mesti mak cakap lega duit aku haha #. 

Habis shopping di Pasar Baru jam 4 petang. Kami minta abg ijal hantar kami ke hotel sebab masing masing kepenatan dan mengantuk. Almaklumla malam tu dapat tidur cuma 2 jam je. Selesai mandi solat semua bummmmm tak sedar diri sampai maghrib. Malam tu abg ijal bawa kami makan nasi di Restoran Daun Pisang. Masa ni lah aku mula rindukan nasi kandaq, tomyam di Malaysia. Makanan kat Bandung semuanya kering kering. Aku jenis suka berkuah...aku makan juga sebab takut kena gastrik. Aku cakap kat abg ijal, esok bawa kami pegi makan kat restoran yg jual ada lauk berkuah ye. Abg ijal cakap ok. Esok kita makan nasi padang ok.. Yeaaa nantikan sambungan cerita Bandung day 2 pulak nanti ye...