Wednesday, March 27, 2013

Don't judge a book by its cover

Assalamualaikum

Dah pukul 3.30 pagi sewaktu aku menaip entri ni. Semenjak dua menjak ni aku hadapi kesukaran untuk tido waktu malam. Tak tahu kenapa.Fikir masa depan sama kot..ok kali ni aku bukan nak bercerita tentang diri aku tapi tentang budak budak remaja di Teluk Bahang Penang.

19 March lalu aku dapat berita sedih kehilangan dua pupu aku yg meninggal akibat eksiden antara motosikal dengan Rapid Bas di Teluk Bahang. Agak rapat dengan arwah jadi kehilangan beliau amat dirasai kami sekeluarga. Baru berumur 24 tahun dan ikutkan perancangan akan menamatkan zaman bujang tahun ni. Arwah dah bertunang. Tapi Allah lebih sayangkan arwah Rasyidi Ikram..Al fatihah buat arwah moga ditempatkan di kalangan orang yg soleh.

Masa aku dapat berita kematian arwah, aku dan mak sedang jogging di Stadium Batu Kawan. Lepas dapat tahu, aku mak dan abah bergegas ke Teluk Bahang. Sampai disana, jenazah arwah belum sampai lagi. Jadi kami hanya menunggu dan siapkan apa yg patut. Lebih kurang jam 10.30 malam jenazah arwah sampai dari Hospital Penang.

Aku lihat ramai kenalan arwah turut serta dalam penghantaran jenazah. Kebanyakannya sebaya dengan arwah. Selepas jenazah diangkat ke katil, aku lihat ramai sahabat arwah mengerumuni jenazah sambil sedekah Al fatihah buat arwah. Ada yg tak dapat sembunyikan kesedihan. 

Apa yg buat aku kagum, kalau diperhatikan dari luaran memang tak disangka ada dikalangan sahabat arwah yg berkebolehan baca surah Yasin. Kalau tengok penampilan, dari segi gaya rambut, pakaian, pakai rantai silver bagai...memang tak sangka langsung bole baca surah Yasin. Dari situ aku sedar, jangan sesekali membuat andaian dari segi penampilan seseorang.

Jangan ingat dengan penampilan seseorang kita boleh tahu keperibadiannya. Tak semestinya berpakaian alim itu dia pandai semua. Kadangkala itu semua hanya lakonan untuk mengaburi penafsiran seseorang terhadap individu tersebut. Malah ada kalanya yg berpakaian seksi itu lebih mulia akhlaknya berbanding yg menutup aurat dengan baik. Hati seseorang individu kita tak tahu. Mungkin dia lebih mulia disisi Allah..siapa tahu. ( saya tak kata saya baik, saya sendiri belum menutup aurat dengan sempurna, mudah mudahan saya ke arah itu nanti insyaallah ).

Saya perhatikan sahabat sahabat arwah dari mula sampai selesai jenazah dikebumikan. Masa di tanah perkuburan semuanya turut sama membantu. Tersentuh hati saya melihat keaadaan itu. Sebab dikampung saya sendiri budak budak remaja bukan seperti itu. Jauh bezanya. 

Dari situ saya sedar, kita tak boleh judge seseorang berdasarkan penampilannya sahaja. Mesti kenal luar dan dalam baru boleh buat penilaian. Setiap manusia ada kelebihan dan kelemahan masing masing. Wallahualam.

# Al Fatihah buat arwah Muhammad Rasyidi Ikram #
~ Bersemadilah dikau dengan tenang disana. Insyaallah suatu hari nanti kita akan bertemu kembali ~

Terima kasih sudi baca entry saya niiii

Tuesday, March 12, 2013

Lipstik

Waaa pasai pa Nurul 5ruz letak tittle lipstik nih? make up artisss ke dia? idok le jauh sekali le okeh. Tetiba ilham nak tulis pasai lipstik nih muncul bila aku tengok ada sorang budak nih kat toilet Jusco..lepas buang hajat, dia pergi kat ceqemin dia punya dok tenyeh la lipstik kat mulut dia. Aku perhati dari jauh je okey ( ala ala lirik manje gitew ushar dia ). Uiii punya la lama dia dok tenyeh lipstik tu...aku tengok dah meqaahh menyala dah mulut dia. Nak meqaah teqa mana langsung nihhh? 

Bila dia dah puas hati dia keluaq la dari toilet tu berjalan dengan penuh confident dengan bibirnya yg meqaaah mak ngahhhhh!. Haaa masa tu la aku terfikir yg selama aku hidup 27 tahun ni aku hanya pernah beli dan memiliki SEBATANG LIPSTIK okeh. SEBATANG ye, SEBATANGGG!. Sebab pe? Okey sebab sebabnye :


1.  Aku memang tak suka make up
     aku rasa make up tu satu perkara yg tersangatlah remeh dan menyusahkan aku. Ye lah nak 
     letak foundation, tepek tepek pastu letak bedak. bedak pulak banyak jenis oiii. siryes aku 
     hanya tau bedak Carrie Junior yg dalam botol warna pink tuuu dengan bedak compact je. 
     Yang lain lain two way tak two way i donno okey. Tepek tepek dah macam tepung gomak
    dah nak kena shadow medow pulak. pastu nak kena letak mascara pulak. Haaa kalau tak lentik
    bulu mata tu dah boleh letak yg pelsuu nak mata galak. Ala ala Rozita Che Wan uuuu. Pastu
     mulut ni of course la nak letak lipstik. Haaaa tenyeh meqaahh mak ngah... uiiiii tak berkenan 
     sungguh la dok buat camtu.

2.   Bila apply lipstik aku rasa bibir aku tebal cam neglo
    arrgghhh tak shukeeee rasa bibir tebal cam neglo oiii. don't like wokeh. Rasa melekit. Pastu 
      minum air plak nak kena kontrol ayuuu gitew takut nanti lipstik ilang. Aku bukan jenis 
      camtu le.

3.  Rasa cam bazir sangat duit beli lipstik baik beli baju
     okey ni bukan kedekut okey. tapi itu la yg aku rasa bila kekadang tu ada jugak niat nak beli 
    lipstik. Bila aku belek belek lipstik tengok pulak rege mahai, memang terbantut niat untuk 
    beli lipstik. Dalam hati dan fikiran aku biar lah duit tu aku beli kepci ke mc d ke, baju ke lebih 
     afdaol rasanye.


Pendek kata, lanjang tak kata ok, aku memang tak memiliki lipstik. Dan aku hanya suka memerhati orang memakai lipstik. 
Lipstik yg aku ada dulu pun, aku simpan sampai 3 tahun tak habis habis pakai.  Last buang camtu je sebab dah expired. Sejak itu aku tak memiliki lipstik lagi. Pergi wedding invitation pun aku just letak moisturizer then bedak Carrie Junior...haaa bau pun cam baby. Kan comey tuuuu hikhik. Itu lah aku bole hidup tanpa mae up dan tanpa lipstik.

Sunday, March 10, 2013

Jatuh

Assalamualaikum & hiii

Jatuh...ni bukan lagu Adam Jatuh tu ye ni pasal cerita aku yg dari kecik sampai besau asyik jatuh dalam air je. Orang tua tua cakap kalau selalu jatuh dalam air tu sebab masa baby dulu tali pusat tu jatuh dalam air. Betul ke tu? aku rasa tu hanya pandangan @ pantang larang orang tua dulu dulu yg agak susa aku nak percayaikut logik akal. Senang cakap, lebih baik kita orang Islam percaya kepada qada qadar Allah kan. Itu lebih afdal..

Ok ini merupakan cerita demi cerita rentetan pengalaman aku jatuh dalam air.

1. Masa darjah 1
di pagi yg hening burung berkicauan....ayat skema lak. ok pagi tu aku macam biasa kalau pergi sekolah mesti awal. Sebab pe? sebab mak aku adalah seorang mak yg sangat TEGAS & GARANG ye tuan tuan & puan puan sekalian. Bila sampai awa kat sekolah, alah budak kecik mesti nak main kan. So aku denfan kawan kawan sekelas aku pergi main kat kolam ikan belakang kelas kami. Besar jugak keluasan kolam tu. Tapi kolam ni jangan dicuci oleh tukang kebun sekolah maka airnya sangatlah hijauuuuu & bushukksss.

Sedang aku leka bermain tepi kolam tu tetiba ada plak sorang budak lelaki ni dia tangkap berudu ( anak katak ye pada siapa yg tak tahu apa itu berudu ) sekali dia lempar kat aku berudu berudu itew. Posisi aku ketika itu ialah aku berdiri betul betul di tepi kolam ikan itu dengan kedudukan kolam itu dibelakang kakiku. Aku ni memang jenis geli geleman, apa lagi aku tak dapat kawal terus dusssshhhhhh aku jatuh dalam kolam ikan yg berwarna hijau dan bushukkss itew. 

Aku tenggelam terus dalam kolam. Aku tak pandai berenang. Tiba tiba aku timbul kemudian aku tengok kat tepi tebing tu dah ramai yg kerumun. Bising diaorang cakap "ada budak jatuh kolam!!".  Aku yg masih kat dalam kolam tu dah tercungap cungap. Ada sorang abg ni pengawas. Time tu dia darjah 6 aku pula darjah 1. Abg ni tolong tarik aku ke atas. Kiranya dia ni my hero lahhh..hihi. Tapikan lepas sekolah aku tak pernah jumpa abg ni sampai sekarang. 

Aku dibawa ke bilik sakit. Arwah cikgu Aminah tolong salinkan baju aku yg lencun tu. Aku terpaksa pakai kain pelikat dan tshirt pagoda untuk hari itu. Udah le pagi tu ada exam Bahasa Inggeris.. Hurmmmm memang mula mula aku nangis nak balik nak balik tapi cikgu Aminah ni pandai pujuk. Aku pun tunggu sampai habis waktu sekolah.

2. Jatuh kolam di kem Sri Impian Relau
Citer ni pulak time aku form 6. Aku bendahari pengawas sekolah. Dipendekkan cerita, kami pengawas anjurkan kem motivasi kat Kem Sri Impian Relau. First day masuk kami semua ditakutkan oleh abg abg fasilitator yg sesiapa yg melakukan kesalahan akan didenda dalam kolam tu. Saiz kolam tu agak besar. Kat kolam ni diaorg buat ektibiti berkayak. Masa tu semua takut termasuk aku sebab kami dok bayang kolam tu mesti dalam dan ada macam macam lahh.

Petang tu lepas minum petang, aku dengan kawan lawan aku ni pergi lah sembang dengan abg fasi kat tepi kolam tadi. Abg tu dok dalam kayak tu. Kami dok kat tebing je. Pastu sekali tu abg tu ajak jom try kayak. Kedudukan kolam tu tepi tempat makan. So budak budak lain yg join kem tu memang nampak kami. Aku pun nak try lah. Aku memang suka berkayak sebab dulu pernah berkayak kat Pantai Merdeka besttt sangat. 

Pastu aku langkah la dari tebing menuju ke kayak. Nak pergi ke kayak yg aku nak naik tu aku perlu lalu @ langkah kayak yg abg tu duduk. Abg tu dah cakap, 5ruz hang kena pijak kayak abg dulu baru hang pergi ke kayak tu okey.. aku angguk je tanda paham. Sekali aku langkah lepas. Tapi time aku pijak kayak abg tu dan kaki aku nak melangkah ke kayak yg satu lagi tiba tiba kayak tu bergerak. Posisi aku time tu, kaki kanan atas kayak abg tu. Kaki kiri kat kayak satu lagi. Kayak tu bergerak dan terpisah agak jauh aku time tu dah terkangkang dah. Dah tak tahan dah aku tiba tiba jatuh ke dalam kolam tu sambil menjerit sekuat hati. Aku takut & trauma teringat pengalaman aku jatuh dalam kolam ikan dulu. Tapi sekali jatuh aku bangun tengok larhhhhhhh cetek je kolam tu hahahahaha. Paras punggung je air dia. Cehhhhhh rosak program abg abg fasi nak takutkan kami ye hihi. Abg tu cakap " laaaaaaaa hang dah pecah rahsia laaa adoiiii".

3. Pengalaman jatuh dalam periuk beridi bihun
yg ni aku dah citer kat entri sebelum ni. So korang boleh korek korek ye. cari tajuk Bihun Perasa Nurul Fairuz.

Bandung ~ last day ~

Malam ni aku tekadkan diri kena habiskan jugak cerita percutian aku di Bandung. Makin disimpan semakin basi.
Ok hari terakhir kami di Bandung, malam sebelum tu semua masuk dalam bilik masing masing awal sebab nak packing barang. Malam tu jugak aku mula buat perangai 'menyebai' gara gara bag tak cukup space untuk pack barang. Sampaikan aku cakap kat mak yg aku nak tinggalkan je favourite sweater aku, tshirt dan lain lain barang di hotel sebab memang tak cukup space dah. Then mata dah ngantuk terus je aku tido.

Bangun pagi aku tengok ohhhh semua barang dah di packing dengan baik. Siapa lagi yg buat? mestilah mak aku. Pukul 1000 pagi abg ijal datang ke hotel. Kami bersarapan bersama buat kali terakhir. Bergambar dengan staf hotel, mak kasi duit tips sikit untuk semua staf yg baik hati. Sedih pulak nak tinggalkan Bandung. 


Kami tinggalkan Bandung jam 10.30pagi bergerak ke Jakarta melalui lebuh raya. Flight kami jam 4 petang. Jadi ada masa yg panjang untuk kami santai santai sepanjang perjalanan. Masuk je bandar Jakarta jam 2.30 petang. Jalan dah mula macep ( sesak ). Tapi abg ijal cakap jangan risau, boleh sampai awal dan boleh rilex rilex dulu di Sokaerno Airport. Memang betul cakap dia. Kami sampai jam 3.30 petang.

Dah sampai di Sokaerno Airport, rupanya flight dari Penang baru je mendarat. Aku lihat ada orang Penang baru sampai. Dan aku dengar yg sorang tu cakap kat wife dia, " depa tu shopping kat Bandung lettew " hihi of course lah cik abg oiii. Tengok bag je diaorg dah kenal ek bag dari Bandung. 

Selesai check in kami menuju ke kaunter untuk check barang. Tiba tiba pihak kastam ( org indon panggil kastam jugak ke? ) suruh kami buka beg plastik yg kami bawa. Sekali check dia cakap yg kayu pokok Wariskukun yg kami beli di Gunung Tangkuban Parahu kami tak boleh bawa balik Malaysia...aku, mak dan maksu dah tak sedap hati. Mula mula merayu jugaklah cakap mana kami tau, kayu tu tak boleh bawa keluar. Sekali kastam tu cakap "enggak apa apa ibunya tunggu diruang pelepasan ya, bapaknya sila ikut saya"...paksu aku pun ikutlah kastam tu masuk satu bilik kecil kat situ. Rupanya dia nak fulus wehhh. Kasi RM50, rokok sebatang, serta merta lepas. Siap bagi nombor telefon dia lagi. Rasuah rasuah di Indonesia.

Alhamdulillah kami selamat sampai di Penang Airport jam 8.30malam. Aku excited bila nampak abah dah tunggu kat ruang menunggu.Syok syok aku tolak troli, sekali kastam Malaysia pulak tahan. Adoiiiii not again!!!!!. Dia check barang. Tanya beberapa soklan. Rupanya kami dikenakan cukai. Senang cerita pup pap pup pap kami kena dekat RM500 jugaklah untuk tax dan sebagainya.

So the moral of the story is jangan perabih duit sehingga kering kontang poket anda ye. Kalau dah sampai Malaysia ok jugak sebab ada mesin ATM boleh jolok maaa. Kalau kat Sokaerno Hatta dah kering poket, camner nak buat tuhh..so beringatlah sama time shopping ye ( pesanan penaja uuu ). 

Alhamdulillah percutian kali ini dipermudahkan Allah. Seronok sangat dan tak sabar nak repeat Jun ni.

Tuesday, March 5, 2013

Button

Assalamualaikum

Lama bebenor aku tak update blog aku nih. Tak de mood dan tak de citer. Citer pergi Bandung pun tak selesai lagi. Insyaallah aku akan habiskan citer Bandung nanti.

Tapi kali ni bukan nak citer pasal Bandung. Nak citer pasal butang baju blous. Aku ni memang dari dulu ada problem dengan butang baju blous. Kalau beli blous berbutang, perkara wajib aku buat ialah :

1.  Bila nak pakai blous berbutang tu mesti nak kena cafi brooch yang kecik comey untuk dipinkan kat jarak antara butang tu yg penting kat area dada wokeh..

2.  Mak aku tailor jadi mesti mak ada stok butang tap tu. Aku panggil butang tap je tak taula korang panggil butang tu butang apa. Kenala jahit antara jarak butang tu.

Haaaa kenapa aku wajib buat 2 menda nih? Sebab setiap kali pakai baju berbutang, mesti akan terbuka ternganga kat area tutttt. Tak mo la jadi tontotan umum wokeh. Lainla JLo ke Mariah Carey ke of course la diaorang nak umum lihat buah betik diaorg yg segar bugar tu kan. Kalau aku buat camtu hehhhhhhh mau kena kerat 14 dengan mak aku.. oh tidaaakkk.