Saturday, July 20, 2013

Umrah - Kota Madinah - Part 3

Assalamualaikum

Hari ke 3, 19 Jun 2013 di Madinah.

Kelebihan Bersolat di Masjid Al Haram dan Masjid Al Nabawi :-
Ertinya : Dari Abi Darda' r.a. berkata : Sabda Rasulullah saw, Sembahyang di Masjid Al Haram 100 ribu kali sembahyang dan sembahyang di Masjidku 1000 kali sembahyang dan sembahyang di Baitul Maqdis 500 kali sembahyang.

Pagi pagi lagi aku dah bangun, nak check tengok ada tak? Alhamdulillah tengok dan tak de. Cepat cepat aku mandi. Yeaaa ! Alhamdulillah gembiranya di hati dapat masuk dalam Masjid Nabawi. Solatku yg pertama di Masjid Nabawi. Pertama kali menjejakkan kaki di masjid indah ni, rasa seronok dan sayu. Bersemangat aku pagi tu untuk solat Subuh. Ramainya orang! Serius walaupun dah masuk dalam Masjid Nabawi, aku masih tak percaya yg aku telah pun jejakkan kaki di masjid indah itu. Macam mimpi.

Alunan imam yg mengimamkan solat sangat menyentuh menusuk tangkai hati. Sedaaapnya Ya Allah..rasa sayu je. Bila ada part yg nak kena dengung tu, bila imam dengungkan je, alahaiiiiiii terasa di hati ni. Rasa diri sangat kerdil, rendah diri sangat. Selesai solat, air mata ni turun tak berhenti henti. Bila aku angkat tangan untuk berdoa pada Yang Maha Esa, terus air mata ni tak boleh ditahan lagi. Syukur tak terhingga Allah beri peluang kepada aku untuk beribadah di masjid suci ini. Segera terbayang betapa cintanya Allah pada hambaNya, walaupun aku kadang kadang lalai dan terbabas dari landasan sebagai hambaNya. Dulu solat pun rongak macam gigi. Aurat pun tidak ditutup dengan sempurna. Dan macam macam lagi yg aku dah buat. Tapi Allah masih beri aku peluang untuk menjadi tetamuNya. Subhanallah kasihNya Dia. Allah sentiasa memberi peluang untuk kita bertaubat atas dosa dosa kita yg silam. Selesai berdoa, ada satu ketenangan yg sukar digambarkan dengan kata kata. Hati rasa sejuk ibarat dicurah air sejuk. Allahuakabar...air mata sangat mudah mengalir bila berada di sini. Sungguh! Bukan air mata dibuat buat. Tapi mengalir tanpa sedar dan tanpa kawalan. Peluang untuk beriktikaf di masjid nabi ini tidak aku lepaskan. Tenang....

Pertama yg aku perhatikan, kawalan di masjid ini sangat ketat. Nak masuk, terpaksa buka siap siap beg yg kita bawa. Di check nya setiap compartment dalam beg. Di raba raba jugak bawah beg. Aku tak pasti perempuan yg check tu polis atau pengawal keselamatan. Yg pasti mereka sangat tegas. Aku perhatikan mereka agak lembut dengan orang Malaysia dan Indonesia. Tapi dengan bangsa mereka sendiri mereka agak kasar. Mungkin itu sudah budaya mereka. Kasar !!. Berpakaian serba hitam, hanya nampak bijik mata je. Aku memang tak berani bawa handfon masuk ke Masjid Nabawi. Sebab kawalannya sangat ketat. Aku tak nak ambil risiko kehilangan handfon. Tapi untuk orang lelaki tak mengapa jika di sana. Kawalan tak seketat orang perempuan. Orang lelaki ada banyak kelebihan di sana berbanding perempuan.

Kedua, nak masuk ke dalam Masjid Nabawi, sila perhatikan pintu yg anda masuk. Ingat baik baik. Sebab kat sana terlalu banyak pintu. Pintu pintu tu semuanya sama. Tapi bagus jugak sekarang dah ada nama di atas pintu tu. Jadi hafal je pintu mana yg kita masuk.

Ketiga, di Masjid Nabawi agak sesak dengan orang. Nak solat terpaksa berhimpit himpit. Dulu dok dengar cerita orang je, solat masa sujud bila bangun duduk bawah jubah tok arab. Memang betul. Ada sekali depan aku, orang Turki kot. Jenis yg pakai kain selubung dari atas sampai bawah tu. Bila sujud, kain selubung dia tu menggerbang sampai masuk atas kepala aku. Nak bangun je dari sujud ehhh pesal gelap nih. Rupanya dok bawah kain dia.. istighfar je aku.  Bila berada di sana, banyakkan BERSABAR. Kadang kadang bangsa arab ni, kita dah letak sejadah untuk tempat kita sujud nanti, mereka buat derkkk je lalu, pijak sejadah tu. Kadang kadang hangin jugak aku. Tapi fikir SABARRR....SABARRRR Nuyui Peyus...

Lagi satu bila dah masuk masjid, mesti nak buat solat sunat tahiyatul masjid kan. Baru je nak angkat takbir, ada je tok arab lalu depan aku. Tak kira usia. Ada yg pangkat nenek, yg sebaya aku, yg budak budak pun ada, lalu depan aku buat derrkk je. Dalam hati kadang kadang terdetik jugak, kenapa mereka ni tak mewarisi sifat sifat Rasulullah yg lemah lembut. Jauh sangat bezanya. Kasar kasar kasar... macam tak ada adab. Tak hormat orang lain nak solat. Bila nak solat terpaksa aku keraskan badan. Kalau dok buat lembik je, haaa mau melayang bila tok arab langgar. Bila sujud pun kadang kadang kepala ni terkena kaki mereka. Dalam hati haiiisshhhh !! Tapi SABARRR.. istighfar banyak banyak.

Air zam zam bertong tong ada disediakan dalam masjid. Mudahnya nak minum air zam zam bila berada di sana. Sediakan botol mineral kosong bila nak pergi masjid tu. Dah habis solat sebelum keluar boleh la isi botol kosong tu dengan air zam zam. Minum lah banyak mana nak minum. Air zam zam yg sejuk menjadi pilihan aku. Sedaaap tak terhingga. Bukan secawan yg aku minum, selalunya 2 cawan. Sebelum solat secawan dan selepas solat secawan. Bila balik bilik hotel, berbotol botol pulak. Alhamdulillah nikmat air zam zam yg Allah berikan. Mak teh aku pun ada pesan " ayuih dah sampai sini, haaa minum la banyak mana pun nak minum air zam zam tu "..

Yang pasti Masjid Nabawi sentiasa penuh bila sampai waktu solat...seronok tengok beribu ribu manusia tak kira bangsa berpusu pusu menuju ke Masjid Nabawi untuk beribadah kepada Allah..

( lupa nak cerita : masa di KLIA, awal awal lagi ustaz Nabil iaitu wakil ajen dah pesan. Jangan beli simcard yg dijual di airport sana nanti. Takut tak boleh guna nanti. Bila nak top up nanti ada masalah. Ustaz Nabil berulang kali pesan. Nak beli simcard beli yg jual kat tepi tepi hotel. Ada banyak. Dia syorkan kami beli simcard Zain. Memang betul bila sampai je kat airport Madinah, ada ramai yg menghulurkan simcard. Jangan beli ingat pesan orang yg berpengalaman. Lagi satu, kad simcard tu kena simpan elok elok, sebab nanti bila nak topup, perlukan nombor yg tertera di kad tu 


 
 Dari kiri 
kak ton, mak, aku & maksu


 
 Salah satu pintu masuk di 
Masjid Nabawi

Friday, July 19, 2013

Umrah 2013 - Kota Suci Madinah Al-Munawwarah

Assalamualaikum..

Hari ke-2 aku di Madinah, 18 Jun 2013.

Dugaan pertama aku di sini, aku datang period..huaaa sob sob sedih sangat. Walaupun aku dah makan ubat untuk lewatkan period, tapi turun jugak. Sememangnya tarikh tu adalah tarikh period aku. Jadi terpaksalah aku memerap je kat dalam bilik hotel. Sedihhhh sangat bila tengok mak, maksu dan kak ton siap siap untuk pergi solat di Masjid Nabawi. Bila mereka pergi je ke masjid, aku yg keseorangan dalam bilik mulalah menangis, mulalah drama sendu mendu. Ye lahhh dah sampai Madinah, dah dekat dengan Masjid Nabawi tapi tak boleh pergi untuk beribadah...sob sob sedeyyyyy sangat. Aku merayu merintih berzikir " Ya Allah tolonglah hentikan kejap darah haidku ni, aku nak sangat beribadat kepadaMu, tolonglah Ya Allah. Aku dah sampai di tanah suci Madinah, berilah peluang untuk aku beribadat di sini, dalam Masjid Nabawi..tolonglah Ya Allah ampunkanlah dosa dosaku selama ni...". Doa itulah yg tak henti henti aku panjatkan kepada Yang Maha Esa.

Lagi sedih bila mak, maksu dan kak ton balik dari Masjid Nabawi dok cerita yg indah indah belaka pasal Masjid Nabawi ni. Menangis lagiiii la aku ( dalam hati je ). Aku jenis tak suka tunjuk kat orang kalau aku nangis, burokk. Teringinnya aku ni hanya Allah yg tahu. Teringin nak tengok keindahan Masjid Nabawi yg selama ni aku tengok dalam gambar je.

Nasib baik lah aku ada paksu yg sangat prihatin kepada anak saudaranya yeaaa!. Paksu ajak aku ronda ronda kat kawasan sekitar Masjid Nabawi, boleh tengok dari luar pagar je lah. Dah keluar tu baru aku perasan yg rupanya hotel kami hanya bersebelahan pagar Masjid Nabawi, terlalu dekat Alhamdulillah. Masa aku ronda ronda tu, mak, maksu dan kak ton ke Raudhah. Aku sempat mintak mak tolong doakan untuk aku, mohon dipermudahkan aku untuk beribadat di sini. Subhanallah, ikut hati rasa nak terkam masuk je dalam Masjid Nabawi tu. Tapi tak boleh lah kan. Cantik sangat sangat. Teruja tengok payung payung yg dulunya hanya aku tengok dalam tv atau dalam gambar je, excited sebab sekarang ada depan mata!!.  Subhanallah!.. (dalam hati rasa sayu sangat, sampai juga aku di sini ye, rasa macam mimpi! Serius macam mimpi! )

Sempat jugak aku dan paksu ronda ronda tengok kedai kedai jubah dan sebagainya. Sejujurnya aku sukakan Madinah daripada Mekah. Ketenangan yg sukar digambarkan bila berada di Madinah. Rasa tenang, rasa sejuk (walaupun cuaca panas ), rasa lapang, lapang minda dan macam macam rasa. Bila dah keluar baru aku mula rasa kering bibir. Dah mula rasa kelainan cuaca. Hari ke dua kami para jemaah bebas beribadat dan melakukan aktiviti sendiri.

Alhmdulillah makanan di Anwar Al Madinah Movenpick Hotel tersangatlah sedap. Paling suka roti. Tak pernah aku rasa roti sesedap itu. Sampai sekarang teringat. (Makanan lagi...nak buat camna i'm a food lover! )..hehe.


 
 Antara pintu masuk 
Masjid Nabawi

 
 roti yg sangat sedap

Wednesday, July 17, 2013

Umrah Pengabdian Diri - Madinah -

Bismillahhirrahmannirrahim..

Assalamualaikum...

Rasulullah SAW bersabda...
" Mengerjakan satu ibadat umrah dan diikuti pula satu ibadat umrah yg lain, menghapuskan dosa di antara keduanya". ( Hadis riwayat Albukhari dan Muslim )

" Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu".

Sebenarnya aku berasa takut dan berhati hati yg amat sangat untuk menulis entri kali ini. Aku bermohon agar dijauhkan dari rasa riak dan takbur. Berkali kali aku berdoa sebelum memulakan entri kali ini. Kerana entri kali ini berkaitan umrah yg baru baru ini sempat aku dan mak lakukan bersama sama, Alhamdulillah. Bila menulis bab agama, aku amat takut, takut tersilap fakta, takut timbulnya riak...Ya Allah jauhkanlah.. aku risau apa tanggapan pembaca yg membaca entri pasal umrah ni. Permudahkanlah amin..

Alhamdulillah tarikh 17 Jun 2013 hingga 29 Jun 2013 amat bermakna buatku. Aku, mak, pak teh makteh, maksu paksu dan abang Awi menjadi tetamu Allah. 17 Jun kami semua berkumpul di KLIA dan berlepas jam 3 petang menaiki pesawat Saudi Airlines menuju ke Madinah. Kami mengikuti pakej Wira Saujana Travel & Tours.

Beberapa bulan sebelum berangkat, aku dan mak mempersiapkan diri dengan ilmu untuk ke sana. Niat perlu dibetulkan. Pergi untuk beribadah, untuk mencari keredhaan Allah. Sejujurnya aku mengaku, perasaan takut yg amat sangat. Ye lah nak pergi ke tempat suci. Macam macam cerita aku dengar. Allah uji. Aku takut jika Allah uji aku disana. Rasa takut memikirkan dosa yg berkandaq selama aku hidup di dunia ni. Rasa diri ni kotor hina sangat. Layakkah aku menjadi tetamu Allah? Apakah ujian yg menanti aku disana? Akan terbuka kah aibku disana nanti? Ya Allah... beberapa bulan sebelum berangkat, sekerap mungkin aku cuba buat solat Taubat. Mohon diampunkan dosa dosa dan dipermudahkan segala urusan disana nanti.

Semakin dekat tarikh untuk berangkat hati ni semakin berbelah bahagi. Ada rasa suka, ada rasa sayu, dan ada juga terdetik tak nak pergi. Lagi dekat menghitung hari hati makin rasa sayu. Macam nampak bayangan Kaabah. Terasa seolah olah Kaabah melambai melambai Subhanallah. Makin kerap sebelum tidur aku lakukan solat Taubat. Merendahkan diri pada Yang Esa.

Alhamdulillah penerbangan kami selama 8 jam berjalan lancar. Sempat transit di Riyadh sebentar. Sampai di Madinah pun dah malam. Setibanya di Lapangan Terbang Medinah, kami dan para jemaah yg lain disambut oleh wakil ajen dan dibawa ke hotel dengan menaiki bas dan seterusnya mendaftar masuk di Anwar Al Madinah Movenpick Hotel. Subhanallah terasa ketenangan yg sukar digambarkan setelah menjejakkan kaki dibumi Madinah. Alhamdulillah tempat penginapan kami dengan 
Masjid Nabawi hanya berjarak 20 meter, dekat sangat.


Zakat Fitrah 2013

Apa itu zakat fitrah? Zakat fitrah ialah zakat badan yang diwajibkan sempena berakhirnya bulan Ramadhan mengikut syarat-syarat yang ditentukan.

Nabi SAW bersabda menerusi riwayat Ibn Umar bermaksud " Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan ke atas orang yang merdeka, hamba sahaya lelaki, perempuan dan kaum muslimin ".

Syarat Wajib Zakat Fitrah :-

1.   ISLAM
2.   Merdeka
3.   Mempunyai harta lebih daripada keperluan diri dan tanggungan pada hari raya dan malamnya.

Waktu dan Hukum Membayar Zakat Fitrah :-

DIBOLEHKAN   - Dari awal Ramadhan sehingga hari akhir bulan Ramadhan
WAJIB               - Selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan
AFDAL                - Selepas solat Subuh sehingga sebelum mengerjakan solat sunat Aidilfitri
HARAM              - Selepas solat sunat Hari Raya Aidilfitri

P/s : Sharing is caring!


Di bawah adalah kadar Zakat 
Fitrah mengikut negeri tahun 2013

Tuesday, July 16, 2013

Update blog guna tab

Baru aku tahu rupanya ada aplikasi mudah untuk meng 'update' blog guna tab. Selama ni punyala susah aku nak update setiap entri bila guna tab. Masalah utama bila nak upload gambar. Aku terpaksa tunggu berjam jam lamanya untuk setiap setiap gambar. Harini entah macam mana Allah mudahkan aku kot untuk update benda yg baik. Google punya google, aku terjumpa Bloggeroid kat Play Store. Dah install yeaaa! Senang giloss la keje aku selepas ini. Alhamdulillah syukur Kau permudahkan.