Monday, February 4, 2013

Bandung - Gunung Tangkuban Parahu

Assalamualaikum

Sedar tak sedar, dah tiga hari aku kat Bandung. Dah mula rindu Malaysia! Oh nasi kandaq, oh roti canai, oh teh tarik, oh meggi. Meggi pun termasuk dalam senarai okeh!.. asyik ingat makan je ko Nurul Fairuz. Camner nak pakai kebaya nanti? Diet wehh.

Ok pagi pagi lagi abg ijal dah menunggu kami dilobi hotel. Aku tengok jam aik baru pukul 8 lagi. Kenapa harini abg ijal datang awal nih? Sambil breakfast bersama, abg ijal cakap harini kita nak pegi Gunung Tangkuban Parahu. Lokasi agak jauh sebab tu kena keluar awal sikit. Cepat sampai sana cepat kita turun balik ke Bandung....kan kata nak repeat shopping di Pasar Baru. Yeaaa, cayang abg ijal hikhik. Dia ingat rupanya semalam aku ada cakap nak pegi lagi Pasar Baru. Tak puas weii shopping hari pertama.

Breakfast nasi goyen je kat hotel. Tempe tak lepas. Sedap tempe kat sini.

Perjalanan ke Gunung Tangkuban Parahu lebih kurang macam Cameron Highland kat Malaysia. Suhu pun macam lebih kurang je. Tapi bila sampai di atas suhu lagi sejukkkk. Macam pasang aircond!!. Sejuk dan berangin. Abg ijal dah pesan kat kami awal awal lagi dalam kereta, sebelum sampai ke Gunung Tangkuban Parahu, abg ijal pesan jangan beli barang kat atas sana, mahal. Kat atas peniaga lagi ramai dan jenis suka kerumun kat pelancong ramai ramai. Ok sayang abg ijal sebab bagi pesanan berguna untuk kami. 

Sampai di atas wahhhhhh pemandangan tersangatlah santek. Subhanallah ciptaan Allah. Gunung ni last meletus pada 1969. Ada 4 kawah semuanya tapi yg kami pergi ni kawah yg terbesar dan gunung ni masih aktif!!! Gunung ni adalah dari mitos Sang Kuriang yg bercinta dengan ibunya sendiri. Bila dihalang percintaan mereka maka Sang Kuriang menyepak perahu lalu perahu itu tertelangkup dan kawasan itu meletus menjadi gunung berapi. Sebab itu namanya Gunung Tangkuban ( telangkup ) Parahu ( perahu ).

Memang betul cakap abg ijal. peniaga sangat ramai dan memang mereka terus kerumun kami bila kami turun je dari kereta. Rasa cam artissssss pulok. Ye lah tak pernah aku dikerumun orangsampai macam tu sekali. Yang bestnya semasa kami nak balik, abg ijal dah siap siap bukakan pintu kereta untuk kami. Kira dia bagi hint suruh masuk dalam kereta cepat cepat. Tapi masing masing tak paham, dok ralit lagi. Abg ijal cakap, takkan lah dia panggil kami MASUK MASUK DALAM KERETA CEPAT!!! hahaha mnalah nak tau hihi. Sekali lagi, cayang abg ijal sebab dia memang jaga kami sebaik mungkin.



k



1 comment:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete