Wednesday, January 30, 2013

Bandung - Jakarta to Bandung -

Assalamualaikum

Sambungan cerita ke Bandung. Ceeewaaahh ayat tak leh blah hihi. Aku dah buntu tak tau nak mulakan dengan ayat apa. Ok tak yah melalut banyak sangat. Entry yg lepas aku cerita tentang pengalaman NGERI aku, mak, paksu dan maksu aku dengan imigresen Indonesia yg teramatlah SOMBONG & tak MESRA ALAM tu..kali ini aku nak cerita yg baik baik je.

Setibanya kami di Sokaerno Hatta Airport Jakarta, kami menunggu rakan pak supir seperti yg telah dijanjikan. Lama juga lah kami tunggu. Lebih kurang setengah jam. Paksu aku telefon abg ijal iaitu pak supir yg telah menunggu kami di Bandung. Abg ijal cakap kawan dia dah sampai di airport. Kami ni tak berani nak jalan jauh sebab takut ulat ulat teksi tersangatlah ramai mengerumuni kami. Yg bestnye macam tau tau je kami nak ke Bandung. Ayat mereka " mau ke Bandung ya bu? bole aje dihantirin malam2 begini " aku mak paksu dan maksu memaniskan muka sebaik mungkin sambil berkata " terima kasih ya pak, kami sudah ada rakan yg menunggu " hahaha ayat Indon pertama aku yg terkeluar.

Kebetulan kan waktu kami pergi ke sana, heboh Jakarta banjir. Bas malam malam memang tak ada. Cuma ada teksi Bluebird saja. Kami dah call pak supir awal awal dari Malaysia lagi untuk tahu perkembangan banjir disana. Pak supir dah bagitahu ok tak de masalah. Banjir cuma di kawasan rendah sahaja. Ok tunggu punya tunggu punya tunggu, baru la kami terjumpa dengan pak supir yg akan bawa kami ke Bandung. Waduh waduh rupanya pak supir tu berada sebelah aku je. Macam mana aku nak tahu sebab tak pernah jumpa kan. Memang tangkas pak supir buat kerja. Cepat cepat dia tolong angkat beg kami lalu dimasukkan ke dalam kereta. Kat sini familiar dengan Toyota Avanza. Berlambak lambak atas jalan Toyota Avanza. Setelah diadjust beg dan kami berempat muat juga masuk ke dalam Toyota Avanza tu. Mula mula macam tak muat je. Pandai pak supir adjust ye.

Kami bergerak meninggalkan airport pada jam 1 pagi. Ikut highway. Tengah malam buta jadi jalan tak macep ( jam ). Perjalanan kami lancar aje pada mulanya. Berhenti makan di Rest Area KM 57. Aku dah tak ingat nak snap gambar kat situ sebab perut rasa lapar sangat. Kami order Soto. Pak supir yg bernama Budi pun kami ajak sekali makan. Pada mulanya nampak dia tersipu sipu malu. Malu kucing la konon. Lepas tu dia ok. Dah tak malu. Aku perasan yg adat orang Indonesia ni kalau masuk je restoran, mereka akan hidangkan air teh panas tanpa gula untuk pelanggan.Kira adat mereka la kan.

Selesai makan, buang hajat hihi, kami meneruskan perjalanan ke Bandung. Baru bergerak dalam 10 minit kami diduga buat pertama kali di bumi Indonesia. Tayar kereta pancit!!!!. tayar belakang pulak tu. Terlebih muatan ke? Tapi aku memang tabik spring la kat Pak Budi, dia memang hormat kami sebagai pelancong. Dia faham kami penat, mengantuk. Pak Budi suruh kami duduk dalam kereta sementara menunggu dia menukar tayar...gila weiiii berat aku, mak, paksu, maksu, beg kami lagi, tak terjet kereta kot. Tak pe kami semua tunggu di tepi highway walaupun mata mengantuk ya amat...dah pukul 2 pagi masa tu...setelah setengah jam menunggu Pak Budi tukar tayar, akhirnya kami teruskan perjalanan ke Bandung dengan selamat.

Tepat jam 4 pagi kami sampai di Bandung!!!!! Tak excited sangat sebab masing masing keletihan. Lagipun malam bukan nampak apa apa pun. Di Bandung kami menukar kereta Toyota Avanza jugak tapi kepunyaan Abg Ijal ( pak supir ) yg akan bawa kami jalan jalan sekitar Bandung selama 5 hari 4 malam kami di sana. First impression aku kat abg ijal, dia ni memang kelakar orangnya. Kuat mengusik aku. Hilang mengantuk aku bila sembang dengan dia. Setelah selesai bayar kepada Pak Budi kami meneruskan perjalanan ke Ariandri Boutique Guesthouse. 

Kawasan hotel kami terletak dalam kawasan perumahan orang orang kaya Bandung. Bukan di jalan besar. Best sangat sebab sunyi dan santai je. Allah permudahkan perjalanan kami, nak tau malam pertama kami tak dikenakan sebarang bayaran oleh pihak hotel. Malam tu kami tidur free,breakfast pagi pun free. Owner hotel cakap kesian kat kami sebab sampai dah lewat pukul 4 pagi !!! Kalau hotel lain memang akan dicharge kan...alhamdulillah rezeki pertama di Bandung. Abg Ijal yg bagitahu aku owner tak kenakan bayaran kat kami. Orang Malaysia ada jugak yg menginap disini. Ramai jugak la. Hotel ni ada 20 bilik.

Tuesday, January 29, 2013

Bandung - Sokaerno Hatta Airport -

Assalamualaikum


18hb Jan 2013

Aku, mak, paksu dan maksu menaiki flight Airasia dari Penang Airport ke Jakarta. Flight jam 9 mlm. Perasaan excited yg teramat almaklumlah ini pertama kali aku menjejakkan kaki ke negara orang. Eh! bukan ini kali ke 2. First time pegi Songkhla Thailand. 

Alhamdulillah penerbangan kami lancar. Aku rasa tak payah la aku cerita experience menaiki flight. Now everyone can fly !!!...penerbangan waktu malam maka tak dapatlah aku snap gambar waktu penernangan ke Jakarta. Cuma mak aku je lah rasa gayat masa mula mula flight nak naik ke atas dan waktu fligt nak turun sebab gegarannya kuat jugak.

Kami tiba di Sokaerno Hatta Airport jam 1200malam. Memang kami je yg last di airport. Lengang je almaklumlah dah tengah malam. Waktu di Indonesia lewat sejam dari Malaysia. Turun dari flight kami terus naik bas yg disediakan oleh AirAsia untuk ke terminal ketibaan. Sampaije kami sama sama beratur untuk dicop passport. Tiba giliran aku, Imigresen tegur cakap yg kami dari Malaysia kena isi borang dulu baru boleh cop passport. Borang untuk nyatakan berapa hari kami berada di Bandung, detail peribadi, menginap di hotel mana, tujuan apa pergi ke Bandung. Semasa aku mak paksu maksu  berjalan untuk ke kaunter mengisi borang tu, aku dengar staf airport tu cakap dengan kawan kawannya, " enggak mau nanya..terus terus siihh mau dicopnya passport...apa innn " berdesing telinga aku. Berlagak yg amat. Takpe aku teruskan berjalan ke kaunter untuk isi borang tu. Sambil isi borang tu aku mengadu kat paksu aku tentang apa yg aku dengar tadi. Paksu pun naik geram tapi sabar lagi.

Selesai isi borang kami berempat kembali beratur untuk dicop passport oleh imigresen Indonesia. Nak tau ini yg buat aku hanginnnnn satu badan. Dahla SOMBONG, SENYUM PUN TAKKK, lepas tu mata klip pop klip pop gejil kat aku. Eeeeeeee nasib baik aku kenangkan yg aku berpijak dinegara orang. Memang menyakitkan hati betul. Imigresen yg cop passport aku dan mak, perempuan. Kotla nak tegur Selamat Malam bu ke, nak senyum ke, tak langsung. Sebelum aku bercuti ke Bandung ada juga aku baca blog orang yg pernah ke Bandung. Dan memang aku ada terbaca blog sorang ni citer yg imigresen Indonesia sombong. Dan sekarang aku memang alami betul betul kejadian ni. Memang berbeza dengan tahap disiplin dan keramahan unit beruniform negara kita.

Paksu maksu aku pulaj kena cop dengan imigresen lelaki.

Friday, January 25, 2013

Bandung

Assalamualaikum & haiii

Semasa aku sedang menulis entry ni, aku demam sebenarnya. Nak kata perubahan cuaca Bandung Malaysia macam over la pulak kan.. macamla kat Bandung ada salji..Cuaca Bandung macam Cameron Highland je. Aku gagahkan juga untuk menulis entry ke Bandung sebab nanti kalau simpan lama lama basi pulak ceritanya kan.

Mak aku suka sangat buat last minute preparation. Petang sebelum berangkat ke Jakarta, kami berdua shopping kasut, bagpack dulu di Jusco Perda. Jam aku pun macam tau tau nak ke Bandung, jam pun buat hal, serta merta bateri weak la jadi gelong jam aku. Maka kena la tukar bateri petang tu jugak. Aku tak boleh hidup tanpa jam ditangan. Kemana sahaja aku pergi mesti ada jam ditangan. Lepas balik shopping di Jusco, kelam kabut aku dan mak pack barang. Pergi Penang Airport jam 6 petang. Flight kami jam 9malam. Keluar awal sebab takut jalan sesak.Ini antara gambar persiapan aku ke Bandung.

Antara baju yg dibawa ke Bandung. 


Sunday, January 13, 2013

Aku adalah Aku

Haiiii & Assalamualaikum

Aku adalah aku. Tetiba je tittle ni muncul dalam kepala otak ni pagi pagi buta ni. Aku tengok jam dah 1.30am...am okeyyy. Aku tak boleh tidur. Jadi aku nak cerita siket pasal aku. Aku suka baca blog orang dan of course baca noveeeelllll. Aku terperasan sorang blogger ni dia cakap blog dia adalah berkenaan dengan ilmu pengetahuan. Motif dia nak share segala ilmu pengetahuan dia dengan ramai orang. Ok la tu..aku pun sokong niat suci dia tu sebab zaman sekarang ni, dah ramai teenagers yg ada gajet sendiri. Tab la, ipad la, macam macam lagi gajet yg canggih manggih tu. Zaman wifi, touch screen je dah boleh dapat ilmu. Tapi itu adalah dia.

Aku pula, lebih cenderung menulis tentang kejadian atau pengalaman aku dalam menjalani kehidupan seharian, minat memasak aku, kiranya tak spesifik la. Kira macam macam ada laa. Bukan aku tak nak tulis tentang ilmu pengetahuan tentang apa apa saja, tapi aku rasa aku tak cukup ilmu didada untuk menulis pasal ilmu atau tips tips nii. 

Ok katakanlah, aku nak tulis tentang ilmu kecantikan. Aku sedar aku ni bukan kategori cantik okiiiess. Nak tulis tentang tips cantikkan muka? Muka aku sendiri berjerawat berminyak berlobang lobang. Aku tak nak tipu pembaca. Lainlah kalau muka aku memang tip top comel giler macam Fatin Liyana ke, haaa kirvvva ok lah kalau nak tulis tentang ilmu kecantikan kan.

Katakanlah kalau aku nak tulis tentang tips kuruskan badan...euwwww kalau yang ni sure ramai google kan. Petua kurus, ilmu kurus, diet dan macam macam lagila pasal ilmu kuruskan badan nih. Ilmu slim menyelimkan badan bagaiii. Aku tak boleh tulis pasal ilmu kurus sebab alkisahnya aku kategori plus ++++ size. ( huhuhu nak kuruih balik, nak pakai kebaya macam dolu ).

Nak tulis pasal politik? oh noooo ilmu sangat kurang didada part politik nih. Lagipun ini hal serius dan melibatkan fakta. tak mo arr aku kang tak pasal pasal kena sue...huhu ciiit ilmu pun kurang, jangan nak berangan okeyy.

Jadi, aku hanya akan menulis tentang yg aku tau sahaja. Kalau nak share ilmu pun aku masih tak confident ( jujur nii ) sebab aku takut apa yg aku share tu SALAH.. ( tahap takut salah tu macam nak jawab STPM !!!! ) seriussssss..

Thursday, January 10, 2013

Mak...Mama

Assalamualaikum

Dari kecik aku panggil mak aku Mak. Tetapi pernah suatu ketika dulu aku jadi gedik nak panggil mak dengan panggilan Mama sebab pada aku mama tu lebih sedap didengar ditelinga aku, mama tu rasa macam 'kebandaran' laa sikit, mak rasa macam 'kekampungan' la sangat.

Aku mengaku aku jeles tengok ada sesetengah kawan aku panggil mak diaorang dengan panggilan mama. Aku selalu tanya dalam hati ' kenapalaaa mak tak ajar aku panggil mak sebagai mama? kan best kalau panggil mak mama'.

Sampai satu tahap aku kadang kadang panggil mak pun, tak berapa nak dengar macam mak, dengar macam maaaaaa ( adussss lembutnya rasa ). Aku pernah jugak nak tanya kat mak, tapi macam tak keluar dari kerongkong aku soalan tu. Aku kenal sangat mak aku, mesti aku kena habuan kalau tergedik gediksss ( banyak 's' memang gedikss sungguh ) tanya kenapa tak panggil mama? bole tak nak ubah panggil mak sebagai MAMA. Mesti mak akan cakap ' hang tok sah dok gataiii meqelaa bole dak?'...arrrrr tak mo arrr, takut aku dengan mak ni.

Maka aku pendamkan saja niat nak panggil mak sebagai mama sampaila ke harini. Tapi aku pasang impian, kalau Allah izinkan kurniakan aku anak suatu hari nanti, aku nak anak aku panggil aku MAMA @ BONDA.... bonda? weiiii hang jangan nak mimpilaaa. hang bukan keturunan raja punnnn.. Aku harap sangat impian tu akan tercapai kelak, Amin... ( suami pun tak de ada hati berangan nak ada anak, cissss )

Tuesday, January 8, 2013

Kesilapan Sebutan

Assalamualaikum

Ini entry kedua aku untuk harini. Kesilapan sebutan. Kenapa aku nak tulis pasal ni? Sebabnya aku dengan penuh jujur dan ikhlas mengaku, yang aku ni dulu dulu sangat sangatla bodoh bab sebutan in english ni. Cuma bila dah naik form 6 ada Muet baru aku bole lah bangga sikit je pun dapatla band 3 dalam exam Muet. Tak de la hebat mana pun English aku.

Tapi aku memang minat subjek English start form 3 sebab time tu aku mempunyai guru yg sangat baik. Aku paling sayang teacher Norhayati Adam. Cara dia mengajar English memang aku suka gila. So sad sekarang aku dah lost contact dengan dia. Dulu kami selalu email. Tapi sejak berlaku peristiwa yg tak baik dalam hidup aku, terus kami lost contact..teacher where are you? miss you so so so much.

Ok berbalik kepada tajuk entry aku ni, aku berani potong jari korang pun mesti ada yg pernah tersilap sebutan in english. Tak yah nak hipokrit laaa kan..
Ini antara perkataan yg aku pernah tersalah sebutan.

1. Exam
* aku punya sebutan time aku standard 3 ialah Eeqamm. Exam jadi eeqamm bila aku sebut. Aku tersedar yg sebutan aku salah bila ada cikgu cakap, ok saya harap kamu semua dapat buat dengan baik EXAM esok. 
oohhh no bodohnye engko Nurul Fairuz

2. ISLAND
* aku punya sebutan is lan. Aku sebut sebijik ejaan melayu utk ISLAND.

3. RIB EYE
* hahaha yg ni aku jamin ramai yg salah sebut time nak order ribeye steak kan.. Sebutan aku sebijik aku eja ribeye, padahal rib eye.. mengong betul ko Nurul Fairuz buat malu jerkk. 

at least aku admit aku pernah salah sebut. Lagi satu tentang singkatan macam OMG, XOXO.
Dulu aku tak tau apa kebenda xoxo tu..rupanya hug and kiss. Omg tu rupanya oh my god. Ada lagi ke singkatan singkatan ni yg aku tak tau??? Hulu bebenar ko Nurul Fairuz. Alaaa mesti ada orang yg sama macam aku, tak tau makna tapi sebab tak nak nampak kolog guna jugak la xoxo, omg ni. Kalau kena gaya dan tempat ok lah...kalau salah tak ke malu.

Aku pernah jumpa sorang adik ni. PASTE in english dia suka sangat sebut PAS TE. Berapa kali aku kuatkan suara aku kat dia bila aku sebut PASTE konon nak bagi dia perasan yg dia sebut tu salah. Tapi dia dok tak paham paham jugak. Kang tegur depan depan jujur dan ikhlas, sentaappp pulokk...

Terima kasih baca entry nii

Petua Awet Muda

Hai dan Assalamualaikum

Petua awet muda. Aku sebenarnya adore kat mak kesayangan aku. Aku selalu jeles dengan kecantikan mak aku. Why she always look so beatiful? Kalau aku jalan jalan dengan mak, mesti ada orang cina atau india atau mamaks atau melayu akan tanya 
' ni kakak ek? ' @ ' adik beradik ek?'
bila aku cakap tak.. ni mak saya, diaorang mesti akan cakap
' wah manyak muda lu punya mak, cantik lagi '
aku dengan mak senyum je..dalam hati aku bangga ada mak yg selalu orang puji cakap cantik nampak muda.

 Haritu kawan mak aku sendiri tanya
" kak ainon ni, saya tengok dari dulu muka dok macam tu ja, tak makan tua, bagila petua sikit "
mak cakap mana ada petua ( hihi rendah diri lettew 
padahal dalam hati kembangss siih ). 
Aku pun kekadang jeles jugak dengan mak. Kalau nak keluar jalan jalan dengan mak, kalau aku tengok mak pakai tshirt dengan jeans padahal aku pulak pakai blaus dengan jeans, dengan penuh kejelesan dan kedengkian, aku akan tukar pakai tshirt jugak. Sebab pe? sebab aku tak nak, aku nampak tua dari makkkk !!! ( punyala dengki ko Nurul Fairuz hihi ).

Aku ada jugak tanya mak, awat semua orang cakap mak nampak muda?
Mak kata :
1. Hati kena IKHLAS. Ikhlas tu akan terpancar kat wajah tanpa kita sedar
2. Walau apa pun orang cakap kat kita, kita senyum je. Memang betul, keluarga aku macam macam fitnah orang tabur tapi mak sabar dan senyum je. Sampaikan ada kawan mak cakap, Ainon hg bole sabar noo dengan apa yg orang kata kat keluarga hang, senyum lagi, kalau aku dah lama aku mengamuk. 
3. Wuduk

Aku tanya lagi
kenapa muka mak tak dak jerawat? muka ayus penuh jerawat?
mak kata dulu dulu mak tak pakai pun produk produk macam sekarang ni. Cuma pakai Hazeline Snow je dulu. Tapi sekarang mak dah tak guna apa apa produk pun.
Aku bangga dengan mak. Love u mak !!!

Bihun Perasa Fairuz

Assalamualaikum


Bihun Perasa Fairuz 

Ok kenapa tetiba aku letak tittle Bihun Perasa Fairuz pulak ni? Keje makan je ko ek Nurul Fairuz. Sebenarnya malam ni aku diberi keberanian untuk bercerita kisah benar yang berlaku kepada aku lebih kurang 2 tahun yang lepas. Aku lebih suka cakap cerita ni sebagai ' kes '. Kes aku JATUH DALAM PERIUK BIHUN yang sangat besar periuk tu semasa aku bekerja sebagai budak kitchen di hotel Banding. 

Alkisahnya berlaku sewaktu hotel tu ada function untuk cycling punya group seramai 400 orang. Aku bekerja shift petang waktu tu. Start jam 3 hingga 11 malam tetapi disebabkan ada function so aku kena buat ot sampai ke pagi. Biasalah bila dah ada group masuk hotel kami ni yang bekerja di kitchen kenalah bertungkus lumus memasak. 

Nak jadi cerita, menu breakfast keesokan harinya adalah bihun goreng. Aku yang bekerja shift dari petang sampai ke malam kenala buat preparation untuk breakfast punya menu. Bihun untuk kapasiti 400 orang direndam ke dalam periuk yang terbesar. Penuh air dan penuh bihun. Bila dah keje lebih masa of course lah penaatt weeh. Tapi mikirkan gaji bulan depan lebat cikit aku pun oklah.. 

Aku ditugaskan untuk mengisar cili kering yang sangat banyak untuk kegunaan esoknye. Punyalah ralit aku mengisar cili aku tak sedar bahawasanya periuk yang berisi rendaman bihun ituuu berada hanya beberapa inci di belakang kakiku ( wahh ayat tak bole blahh hihi ). Entah macam mana kesilapan teknikal dari kakiku yang gatal nak berundur ke belakang, maka... aku terJATUH KE DALAM PERIUK BIHUN UNTUK BREAKFAST 400 ORANG MAKAN !!!! duusssshhhh aku tak sempat nak imbangkan diri terus jatuh dalam periuk itu dalam keadaan terlentang.. wuaaaa aku rasa nak nangis time tu. Habis baju basah, tudung basah, yang paling tak tahan ada bihun dalam safety shoes yang aku pakai tu.. ( hahaha tak dapek aku bayang bau kasut itu setelah seharian bekerja ). Aku cepat cepat bangun dari periuk tu. Bila aku pusing ke belakang aku tengok rakan rakan sekerja aku semua senyap sambil pandang aku dengan pandangan yangsukar dimengertikan. Aku nak nangid tapi entah macam mana wayar gelak aku suruh aku gelak sekuatnya. Apalagi budak budak yang keje dalam kitchen tu pun sama sama gelak kuat kuat berdekah dekah kat aku. Weiiii tapi jujur aku rasa nak nangis time tu nak sorok muka aku dalam tasik banding pun tak pe janji orang tak nampak aku time tu...

Nasib baik ada ija member baik aku tolong aku time tu. Dia temankan aku turun ke dorm untuk sslin baju. Masuk dorm, Kurnia member aku jugak tegur ' fairuz apasal basah kuyup ni? '. Sekali lagi wayar gelakksss aku tercuit, aku gelak berdekah dekah tapi tak bole nak citer kat dia apa yang berlaku sebab rasa geli hati sangat.. lastly baru cerita pasal kes jatuh bihun tu. Apalagi dalam dorm pulak pecah perut ketawa kat aku.

Lepas je salin baju aku terus naik kitchen aku tau aku kena teruskan keje aku yg tergendala tadi tu. Malu tak usah cerita la. Masuk kitchen aku tengok chef bakhtiar baru je sampai. Yang aku hairan mana dia tau aku jatuh dalam periuk bihun? Dia siap cakap ' aiii saya dengar ada orang jatuh dalam periuk bihun tadi ' OMG sapa citer ni??? Time tu aku rasa muka aku tebal setebal tembok cina. Ahhhh pedulikan mereka. Aku tanya chef, bihun tu macam mana? chef kata tukar air je lah. Bihun boleh guna lagi..aku kata biar betul chef. Takkan nak bagi 400 orang makan bihun ni? chef cakap tak pe.. goreng je bihun tu esok pagi... angpa dapat bayang tak bihun tu rasa apa? Hihihihi tentulah bihun tu berperasa Nurul Fairuz..bukan senang nak buat tauuuu.

Chef cakap sepanjang saya kerja dihotel tak de lagi lah kes orang jatuh dalam periuk bihun. Hang pecah rekod Fairuz ...sambil dia ketawa. Sejak kes tu jadi, ada beberapa orang dalam hotel tu yang gelarkan aku BIHUN. Sampaikan sekarang ni pun walaupun aku dah tak keje sana, budak Debeng dengan En Zin selalu panggil aku BIHUN...

Nasiblah group 400 orang tu...

Terima kasih sebab baca entry niii :)

Monday, January 7, 2013

sambungan Tips Sedapkan Masakan

* maaf ye tersambung2 pulak..

4. Masak jangan HALAI BALAI je
* apa tu halai balai? ni perkataan org penang. Kira macam ikut suka mak bapak dia je, haaa lebih kurang la. Aku org penang tak pandai nak translate jadi KL maa. Ni spesis masak halai balai ni jenis hang nak makan tak mau makan sudah..masak kira nak cepat siap je. Tentang rasa masakan dia tak ambil port dah. Adaaa spesis macam ni yg aku jumpa. Lepas tu bila anak2 tak nak makan masakan dia, bila anak puji masakan org lain sedap, bila suami puji masakan perempuan lsin sedap haaaaa mula lah dia nak meroyan sakan.. 

5. Masak ikut sukatan ( ini special utk kek )
* aku tak pakar bab2 kek ni. Tapi alhamdulillah kadang2 buat jadi. Kek kan sensitif. Kang terlebih baking ke pe nahhh melimbun jadi kek gunung berapi pulookkk. Jadi ikutlah sukatan betul2 jangan dok buat pandai buat sukatan sendiri part kek ni.

Hurrrm rasanya itu je lah tips nak sedapkan masakan. Alaaa tak susah pun memasak ni. Pada aku memasak adalah seni. Aku ingat lagi kata2 chef Bakhtiar kat aku waktu aku keje di hotel dulu, Fairuz kalau hang nak masakan hg ramai terima dan puji sedap, apa pun sebelum memasak bahkan bukan sebelum memasak, masa nak siang ikan ayam pun kena mulakan dengan bismillah dan masaklah dengan ikhlas. Insyaallah orang akan suka apa yg hg masak. Dan aku ingat lagi dia cakap, saya nampak hang ada bakat dalam bidang masakan ni. Tengok gaya hang pun saya dah tau hang ada bakat dan bole pergi jauh dalam bidang ni... Insyaallah chef, akan aku ingati setiap petua dan ilmu yg chef peturunkan pada aku.

* jangan ada yg kedekut ilmu, kedekut nak bagi resepi sebab takut orang yg dapat resepi tu akan masak lebih sedap dari kita sebab TIAP2 MANUSIA NI LAIN, JADI TAK SEMESTINYA RESEPI SAMA, RASA PUN AKAN SAMA. Percays tak apa yg saya katakan ni? kalau tak, tak de lah sesetengah suami akan cakap ' kari awak tak sama rasa dengan kari mak saya '. Isteri mana sama dengan mak kan. 

Tips Sedapkan Masakan

Assalamualaikum...


Haaa cik jah, cik nah, cik ti, cik nab dan macam2 cik lagi, kali ni aku nak story pasal tips nak sedapkan masakan korang. Aku bukan nak bangga diri, jauh sekali riak ( ya Allah jauhkanlah ), alhamdulillah tiap kali aku masak especially lauk pauk alhamdulilah ramai yg puji sedap. Tapi kekadang ada jugak yg tak jadinya. Itu maybe mood cek kurang baik. Orang yg merasa masakan aku selalu tanya macam mana masak sedap macam tu? ok kali ni aku bagi tips ye. 

1. Dimulakan dengan bismillahirrahmanirrahim..
* sebagai orang Islam rasanya semus dah tau nak buat apa2 pun kena dimulakan dengan bismillah kan..insyaallah masakan kita akan diberkati Allah, maka yg tak sedap pun jadi sedap.

2. Hati mau IKHLAS maaa
* kalau hati tak ikhlas macam mana masakan nak sedap? masak muka masam priiit, mulut muncung cam itik ( bole sangkut hanger dah ). Rasanya kalau hati tak ikhlas, tak payah masak ayam merah ke pe, goreng ayam pun tak sedap jadinya kan???

3. Masak dengan penuh KASIH SAYANG
* haa part ni kalau yg dah ada suami, anak2, maka masaklah dengan kasih sayang utk orang tersayang. Kita nak bagi orang yg kita sayang makan niii, mestilah masak elok2 kan.

3. Aku masak tak pernah guna Tok Aji
* ni nak citer jujur ikhlas, dalam rumah aku tak pernah beli dan ada ajinomoto. sebabnya kami satu family memang tak boleh makan tok aji. Kalau makan sure cirit birit ( jenis cirit yg tak tahan tu...cruuuut crruuutt dia pulas dalam perut, memang pecut terus masuk bank kecik. Nak kentut pun takuttt, takut tercriiiit ). Aku hairan bila ada yg cakap alaa tak de tok aji mana nak sedap.. akuhairan sehairannya. Sebab aku masak tak de pulak letak tok aji tapi ramai yg puji sedap..alhamdulillah.

Sunday, January 6, 2013

sambungan Penangan Blog

* ni sambungan entry aku Penangan Blog ( bole pulak sambung sambung ye. sebenarnya aku hadapi masalah bila nak edit post aku tak bole nak cursor kat tempat aku nak edit, aku kot yg tak pandai nak guna...)

sambungan :
jeng jeng mak sergah aku dari belakang " laaaa satu baju pun hang tak lipat lagi hang dok buat apa ??? ( nada marah gulppp )

aku : ayus dok edit blog..ala satgi ayus lipat la

aku tengok muka mak masam jerrkk. marah arr tu. oklah aku letak tab tepi terus lipat baju. Setelah 10 minit siap semua baju aku lipat. Aku ambil balik tab dan meneruskan agenda aku yg tertangguh..edit blog.

tetiba mak jerit dari luar rumah
mak : tingkap hang tak tutup ka dah manghrib ni... keja dok kelebet menatang tu

aku : ya la ayus tutup . aku bingkas bangun terus tututp tingkap semua pasang lampu dah maghrib pun patut aku rasa gelapppp hihi .

mak : dah la main tab tu dah maghrib ni...

aku : ok sat ja hihi.

bila dah selesai post entry pasal red velvet kek, aku baru tersedar asyik giler aku dengan blog ni. dah tak ingat nak mandi, tak ingat makan??? bohongla Nurul Fairuz baru ja tadi aku makan nasi beriani 2 pinggan dan sepotong red velvet air tangan aku ngeh ngeh ( kembang setaman ).

Disebabkan blog jugak sekarang malam malam aku tidur lewat. Kadang kadang pukul 3 pagi baru nak tidur tu pun setelah dengar bunyi ayam berkokok... hihi

* pendek kata...benda baru memangla jadi jakun sat huhuhu ( ye ke pendek kata? bukan nurul fairuz kata ke? )

Terima kasih yg sudi baca entry aku ni...ok selamat malam

Penangan blog

Assalamualaikum

Semenjak dua menjak ni aku jadi ketagih blogging. Aku korek blog orang ni korek blog orang nu..aku baru kat sini jadi aku masih tak berapa nak faham function dia. edit sana edit sini. template aku ni dah 10 kali aku tukarrr !! tu pun tak puas hati lagi sebab tengok blog yg dah expert cantik giler template diaorg..( aku mula cakap sorang sorang eiiii cantiknya camner dia buat ni cute nye )

Sebenarnya aku memang minat menulis dari dulu lagi. siap ada diari lagi. tapi diari aku dah 'arwah' tenggelam dilaut Batu Feringghi dek perbuatan orang tuttt..(arrggh usah dikenang kenangan lalu yg menyakitkan jiwa). Dulu aku ada akaun Multiply. kat sana la aku jumpa kak aya, lina, fara ( puan munga ) dan ramai lagilah..tapi yg tersenarai tu kira rapat la still keep in touch each other melalui medium fb. cuma sorang je aku pernah meet face to face iaitu puan munga. siap tidur sekali sekatil di Chemor...( sweet memory ).

Ok berbalik pada blog, petang tadi aku tak puas hati apasal aku tak bole upload gambar aku? mulala aku kalut sms lin tanya. aku memang minah kalut cepat gabra ( dah lama tak guna perkataan ni ) kalau jadi apa apa. Dan aku ada perangai jenis takkan mengalah selagi tak dapat apa yg aku nak. So petang tadi lepas Asar aku duduk melepak depan tv sambil pasang niat nak lipat baju sebakul. tapi tangan dok pegang tab. aku tak puas hati tak bole upload gambar jadi aku dengan leka sign in blog. cam biasa korek sini korek sana and lastly bole jugak aku upload gambar. tak sedar masa berlalu rupanya dah nak manghrib. tapi baju satu pun tak lipat.

Tiba tiba jeng jeng...mak sergah aku dari belakang "

Red Velvet

22
Assalamualaikum...
Semalam aku tergedik gediks nak buat red velvet kek. Rasa macam dah ada kat lidah kek tu. hihi mengalahkan perempuan mengidam. Padahal dah pukul 9.30 mlm baru nak start buat. Tapi tak jadi masalah sebab barang2 semua dah ada..

Cubaan pertama aku buat tak jadi. Kek jadi bantat gula naik atas bergenang. Memang tak de rupa kek. Tak puas hati dengan cubaan pertama maka semalam aku buat lagi dan syukur alhamdulillah jadi. Kredit to ija my bestfriend sebab kasi resepi. aku naik pening search tenet banyak sangat versi red velvet.

Ini resepi dari mybestfriend.
Bahan bahannya :-
4 biji telur
250gm  buttercup
3 cwn tepung naik sendiri ( aku guna tepung gndum je )
2 sb serbuk koko
2 cwn gula castor ( aku sukat tak penuh sangat sebab x suka manis )
4 sb pewarna merah
1 cwn buttermilk
1 s.teh baking powder
* kalau tiada buttermilk - 1 cwn susu segar + 1sudu makan cuka biarkan selama 10 minit sebelum guna

cara2 membuatnya :-
1.  panaskan oven ke 180. Lenserkan loyang 9 inci dengan shortening ketepikan.
2. ayak bahan kering menjadi satu bahagian. ketepikan.
3. pukul mentega dan gula hingga gebu. masukkan telur satu persatu.
4.dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah.
5. kemudian masukkan tepung dan buttermilk berselang seli hingga habis, pukul hingga kembang
6. larutkan baking powder dengan  cuka lalu masukkan ke dlm adunan kek kaup baljkkzn hingga sebati.
7. masukkan adunan ke dalam loyang kek dan bakar.

topping:-
250gm cream cheese ( suhu bilik )
250gm mascarpone cheese
1 sudu teh esenvanilla
115 gm gula aising - ayakkan ( aku guna 100gm je tak nak manis )
360ml whipping cream ( aku guna brand anchor )

* putar cream cheese dan mascarpone cheese hingga gebu. masukkan icing sugar dan esen vanilla pukul hingga sebati. masukkan whipping cream sedikit demi sedikit. pukul laju hingga adunan bertanduk.

* pastikan kek sejuk baru diletakkan topping

* selamat mencuba. gagal sekali bukan gagal selamanya..

Vitamin

Assalamualaikum...
hari ni oetang ni aku nak cerita sikit pasal vitamin. Macam biasa aku bukan siapa siapa pun dalam bab kesihatan ni. Bukan pakar pemakanan jauh sekali doktorrrrr hihi. Aku hanya insan biasa yg menulis berdasarkan pengalaman aku sendiri.

Gambar yg kat atas tu antara vitamin yg ada dalam stok aku la. Antaranya vitamin c 1000mg 21st Century, Multivitamins ( abah aku punya ). Aku start ambil vitamin ni baru je. Dalam 3 bulan macam tu.Atas sebab musabab aku selalu jadi kejang kaki ( aku panggil tarik mengkarung ) tiap tiap pagi masa nak bangun tidur. Lagi satu jari jari tangan aku kerap kebas bila buat keje. Kebas menyucuk. tak tahan aku...

Then aku dengan mak pergi Guardian sebab nak beli pencuci muka yg dah habis. Tetiba terpandang vitamin banyak sangat. Lepas tu staf guardian cakap aku bole try ambik vitamin c yg aku makan sekarang ni. Aku pun terus beli. dan alhamdulillah memang berkesan. Baru je beberapa hari aku ambil vitamin c ni, masalah selalu kejang kaki hilang terus. Dulu time nak bangun tido aku fobia nak mengeliat. Tapi sekarang dah tak takut. Masalah kebas jari pun hilang. Lagi satu rasanya aku dah lama tak demam alhamdulillah. Abah pun cakap tenaga semakin bertambah sekarang. Kulit, rambut, kuku pun ada perubahan. Cuma masalah jerawat aku je tak nak hilangggg.

Rasanya setakat ni je lah cerita aku trntang vitamin ni. Aku sedar umur aku semakin meningkat sebab tu dah jadi satu keperluan utk aku ambil suplemen ni.  Dah nak masuk 30 an weeehhh. Lagi 3 tahun cek dah 30 tahun...tua nyaaaa

tak bole upload gambar

huaaaaaa...
tolong....kenapa aku nak upload picture kat blog aku tak boleh. why? why? anybody help me. Baru2 ni bole je aku upload gambar durian crepe aku. Tensionnnyeeee ya Allah. Kenapa jadi begini?

Saturday, January 5, 2013

Anugerah Juara Lagu 27

Esok 6 Jan 2013 AJL akan bertandang lagi. Aku antara ribuan peminat AJL  ni. Hari ni aku nak cakap sikit pasal AJL. Tapi korang mesti tanya siapa aku utk menulis tentang AJL? entah dari kampung mana nak bercerita pasal AJL kan. ye aku bukan siapa siapa pun. Yang aku tahu dengar lagu yg mana sedap didengar telinga aku, aku sokong dan minat.

Dalam akhbar harini ada pasal Yuna undur diri dari AJL dan yg akan menggantikan tempat Yuna adalah  Aizat. Sebenarnya aku pun minat Yuna. Aku agak kecewala sebab tak dapat tengok Yuna perform live di AJL kali ni. Yuna undur atas sebab dia ada rakaman album terbaru..hurmmm ok la. Dari satu sudut, ye memang perkembangan yg positif untuk Yuna. Dapat peluang utk lebarkansayap di luar negara. Tapi dari satu sudut lagi, aku takut Yuna dikecam oleh pengkritik tegar. Mesti akan keluar cerita Yuna dah lupa pentas AJL yg merupakan slah satu medium yg telah menaikkan namanya dipersada seni tanah air.

Sebenarnya aku dan mak pun ada cakap macamtu. Apa salahnyakalau Yuna tangguhkan sekejap rakaman album itu utk AJL? mesti ramai peminat Yuna yg frust kan.. mungkin Yuna ada jawapan utk semua tu. Apa pun aku tetap sokong kerjaya Yuna. Yuna ada bakat yg sangat baik utk dikembangkan..insyaallah Yuna akan mengharumkan nama Malaysia dimata dunia nnti. Dan Aizat yg akan menggantikan Yuna, aku harap dia buat yg terbaik..

Dan lagu lagu yg akan mendapat tempat dimalam AJL nanti aku ramalkan ialah Ombak Rindu, Andaiku Bercinta Lagi.. dan persembahan yg paling aku tak sabar nak tengok ialah dari Amy dan Hazama, Simetri... sebab aku amat meminati lagenda rock Malaysia ni .....Amyyyyy!!!!

Tuesday, January 1, 2013

Gemuk

Aku tau kalau cakap perkataan yg satu ni iaitu GEMUK .. sure yg pompuan-pompuan ni gelabah biawak tengok cermin tengok pipi tembam ke tak tembam, ushar pinggang 24 inci lagie ke tak? ushar ponggong mak oiiiii menonggek uuuu..tengok atas balik kat area lengan uiiihh besarnye lengan...huhuhu mula lah nak diet bagai.

Aku pun sebenarnya kategori plus size. Kalau setakat baju size m ke l ke memang tak muat. Apalagi size Ssssss emmmh tak usah dipandang la menyakitkan hati je. Ni aku nak citer la pasal gemuukks ni. Last week aku gi Giant Kulim. Saja window shopping dengan mak. Jalan punya jalan aku terpandang satu butik ni ada gantung baju polka dot warna baby blue yg aku memang nak dari dulu lagi cuma tak jumpa butiks or kamdar yg jual sama macam yg aku nak. Maka apalagi aku dengan mak masuk la ke butik ni. Belek2 kat baju tu sambil sengih kerang busuk akuhihi. Then ada salesgirl ni tanya ye akak nak cari baju? dalam hati aku memang la cari baju takkan cari belacan plak kot issshhh memang la Be........astarfirullahalazim dapat dosa free aku ckp dia be...

Aku tanya dia ada size besar tak baju ni? dia cakap ada sampai 5xl ada. Nak tau dia cakap apa? Saya rasa akak muat kot size 5xl. Oiiiii budak ni patut patut arrrrrr!!! dalam sejarah aku tak de baju size 5xl. Tapi aku ni pun jadi camner ntah ambik jugak baju 5xl tu gi try. masuk fitting room sekali p
kai mak aiiiii dah jadi macam baju tidur. Agak agak arr budak ni. telinga aku dah panas. mak tanya ayus... bole tak? aku cakap bole dah jadi baju tidur. terus aku buat muka masam semasam jeruk pak ali.. tak nak arr tak yahbeli la aku cakap kat mak. Pastu dengan muka sekupang aku tengok budak salesgirl tu ambik size lain size 3xl dia suruh aku try. haaa nasib baik bole ( itu menunjukkan aku skrg memang gemukkks dulu size xl dah bole pakai skrg 3xl weeiii )

Penyesalan

Aneh.....
kenapa penyesalan itu harus datang disaat segala-galanya jauh terlewat utk memperbaikinya?
kenapa disast aku dilamun api asmara dulu, aku tidak mampu memikirkan keburukan yg akan menanti?
memang benar kata orang, tatkala sedang asyik dilambung ombak kehangatan asmara, kita tidak mampu berfikir WARAS!!. Tertutup semua pintu hati pintu fikiran. Yang ada hanya dia dia dia.
Sayangnya aku tersilap. Terlalu banyak kesilapan yg aku lakukan ketika bersama dia...
kini aku takkan menoleh ke belakang lagi.

Durian Crepe oh Durian Crepe

Assalamualaikum..
Pagi nih mak sibuk tanya bila aku nak buat durian crepe..mak cakap kawan2 mak semua dok cakap pasal durian crepe nih..sampaikan ada cikgu KEMAS datang ke kelas masakan dikampung utk ajar macam mana nak buat durian crepe ni. Mula-mula aku buat tak jadi sebab adunan pekat. Habis jadi tebal time nak lipat hbis merekah.So aku adjust cikit tambah freshmilk jadikan adunan cair cikit..hah alhamdulillah baru menjadi..