Monday, November 4, 2013

Umrah -Burung Berak dan Cerita Lalat-

Assalamualaikum..

Kisah Burung Berak.

Perkara ini berlaku di Makkah sewaktu aku bersama ahli rombongan menunggu van untuk lawatan kami ke ladang unta. Kami menunggu di luar hotel berdekatan jalan. Sambil menunggu van, sambil bercerita. Tiba tiba ada seekor burung merpati berak atas baju jubah  aku. Terkena bahagian belakang jubah.

Mak aku cepat cepat ambilkan wet tissue untuk cucikan najis burung tersebut. Kebetulan paksu aku ada berdekatan aku, paksu aku menegur 'banyaknya burung merpati, berak pulak ' lebih kurang begitulah apa yg diucapkan paksu. (Paksu, jika baca entri Yus ni, mohon pembetulan ye kalau ada yg tersalah ).

Kemudian tak sampai seminit, lengan jubah paksu pulak terkena najis merpati. Cepat cepat dibersihkan. Kami terus mengubah tempat menunggu ke tempat yg sedikit lapang, yg penting tiada bumbung atau wayar elektrik yg boleh jadi tempat merpati bertenggek dan melepaskan najisnya lagi.

Peristiwa itu aku lupakan kerana menganggap mungkin itu satu kebetulan sehinggalah aku pulang ke Malaysia. Dipendekkan cerita, mak ceritakan peristiwa itu kepada seorang teman baik mak. Kebetulan ketika itu sedara teman mak yg memang bermastautin di Makkah balik ke Malaysia. Makcik tersebut ada bercerita "tak boleh tegur burung merpati di Makkah.. " ye sememangnya merpati terlalu banyak di sana sehinggakan di luar hotel kami menginap penuh dengan najis merpati.

Makcik itu berpesan "jaga betul betul pantang larang semasa berihram, jangan disergah burung merpati yg cukup banyak di kawasan hotel." Makteh aku juga selalu berpesan "semasa ihram jangan dengan sengaja memijak belalang atau kekatu yg besar di bawah lampu, kerana pantang larang di dalam ihram antaranya ialah tidak boleh membunuh binatang buruan."

Tak pernah pula aku terfikir bahawa merpati dan belalang atau kekatu mahupun binatang yg kecil itu adalah binatang buruan. Rupanya binatang yg kecil sebegitu pun  masih dianggap sebagai binatang buruan. Yg aku faham binatang buruan ni seperti unta, kibas, kambing. Ya Allah....begitu banyak lagi yg perlu aku fahami dan belajar.

Kisah Lalat

Perkara ni berlaku ketika aku baru sahaja mendaftar masuk hotel di Makkah dan masuk ke bilik hotel untuk berehat sebentar, setelah menempuh perjalanan yg jauh dari Madinah.

Baru sahaja aku duduk di katil aku, ada seekor lalat datang menghinggap dahi aku. Macam biasa, aku terus menampar dahi untuk menghalau lalat tersebut tanpa terfikir yg aku berada dalam ihram. Nasib baik maksu aku menegur "Ayussss...kita dalam ihram, tak boleh bunuh binatang! " terus aku tersentak dan teringat yg aku dalam ihram... astarfirullah ampunkan aku Ya Allah.

Sebenarnya sampai sekarang aku dan mak hairan dengan lalat yg seekor itu. Ada ketika kami sampai, dan tak keluar dari bilik kami sehinggalah kami pulang.Seperti menemani aku pulak. Walaupun dibukakan pintu bilik tetapi lalat itu enggan keluar. Pelik sangat. Sempat juga kak ton, maksu dan mak bergurau "mungkin lalat tu teman Ayus tu ".. setiap kejadian yg berlaku hanya Allah yg tahu.. wallahualam.


 Di depan Nada Al Deafah Hotel, tempat kami menginap. 
Hotel ni agak terkebelakang dan berada di cerun bukit.

2 comments:

  1. assalam. nak tnya ok ke pakej dari wira saujana nih? dari mula hingga akhir ok x pengurusannya?

    ReplyDelete
  2. blh bagi info sikit ttg umrah? kalau blh ni email saya bell_poah@yahoo.com
    harap dapt membantu sbb sy plan nk umrah pd februari 2015

    ReplyDelete