Friday, November 8, 2013

Umrah -Tawaf- Part 2

Assalamualaikum..

Penceritaan ini adalah berdasarkan pengalaman aku melakukan tawaf. Sebelum berangkat mengerjakan umrah, aku dan mak sempat juga menghadiri kursus haji di Masjid Air Merah. Pada hari Ahad , bermula 2 petang. Selebihnya aku kerap pergi ke rumah makteh untuk belajar semua perkara tentang umrah. Perkara yg paling aku bimbang adalah untuk melakukan tawaf. Tak boleh main main. Niat kena betul. Pada aku tawaf yg paling susah.

Ini kerana ada tujuh pusingan. Jika terbatal wuduk, terpaksa keluar dari dataran tawaf, nak ambil wuduk, tandas di Masjidil Haram tersangatlah jauh. Aku pernah masuk tandas di bawah tanah di Masjidil Haram bersama maksu. Itu pun sebab dah tak tahan sangat untuk membuang hajat. Tak mungkin aku masuk jika keseorangan. Suasana dalam tandas, amat menyeramkan pada aku. Berbilik bilik, masuk jauuuuhhhh ke dalam. Keadaan malap suram. Nak turun ke tandas, menggunakan eskalator, ye canggih. Tapi bila masuk ke dalam tandas, aduuhhhh... jantung aku berdegup kencang. Takut!!!.

Ok, cerita tawaf. Semasa hadiri kursus haji, semasa ustaz menyampaikan ilmu tentang tawaf, aku fikir, haa tak pe, nanti masa tawaf, tak nak batal wuduk, boleh pakai sarung tangan. Kan senang. Kaki tak mengapa sebab dah pakai stokin. Rupanya tak boleh pakai sarung tangan. Betul juga, aurat perempuan hanya muka dan telapak tangan sahaja yg boleh nampak.

Untuk kiraan pusingan tawaf, ada pelbagai nasihat yg aku dengar. Ada yg pesan letak getah di pergelangan tangan. Tujuh getah. Habis tujuh getah maka berakhir pusingan tawaf. Bermacam macam versi. Aku pula hanya berpandukan buku panduan umrah yg digantung di leher. Setiap pusingan ada doa.

Pertama kali melakukan tawaf, jujur perasaan aku bercampur baur, takut, seronok, teruja, risau, semua ada. Selain berdoa aku yakin Allah akan bantu untuk mudahkan.

Sunat sunat tawaf umrah.

1)   Berniat tawaf umrah berdiri menghadap berdepan dengan Hajarul Aswad.
" Ya Allah Ya Tuhanku, aku hendak tawaf di Baitullahil Haram sebagai tawaf umrah kerana Allah Taala. "

2)   Angkat tangan kanan di dalam telekung kemudian baca "Bismillahi Allahu Akbar Walilla Hil Hamd." Kemudian kucup tangan di mulut tanpa ada bunyi. Pastikan bahu kiri sentiasa menyiring berbetulan ke arah Kaabah. Ini sangat penting. Ketika mula berjalan, aku berasa sebak, terus mengalir air mata. Ye, ianya datang dari hati. Besar sungguh rahmatMu ya Allah. Aku antara ribuan yg melakukan tawaf, satu perasaan yg tidak dapat digambarkan dengan kata kata.

3)   Mula berjalan mengelilingi Kaabah. Sambil baca "Subhanallah Allahuakbar Walillah Hil Hamd." Zikir dan doa semasa tawaf di setiap pusingan mulai penjuru Hajar Aswad hingga sampai di Rukun Yamani. Zikir dan doa di ulang ulang bacaannya sepanjang pusingan berkenaan. Aku baca doa yg paling ringkas seperti yg di ajar makteh. Yg penting hati. Allah tahu. Aku berzikir sebanyak 5 kali, kemudian berdoa. Berdoalah apa yg dikehendaki selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Perkara ini diulang.

4)   Sampai di penjuru Rukun Yamani hingga tempat permulaan tawaf di penjuru Hajar Aswad, baca doa "Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhirati hasanatan waqina azabannar ". Angkat tangan kanan tetapi bahu tak mahu bergerak, bahu sentiasa mengiring Kaabah.

5)  Terus berjalan hingga sampai di Hajar Aswad, ulangi baca "Bismillahi allahu akbar walilla hil hamd ". Perkara ini diulang sehingga tujuh kali pusingan.

SOLAT SUNAT TAWAF

Selesai tawaf, keluar dari dataran tawaf, kemudian dirikan solat sunat Tawaf dua rakaat , di pinggir dataran. Lafaz niat solat sunat tawaf, "sahaja aku solat sunat tawaf dua rakaat kerana Allah Taala ". Kemudian berdoa, apa yg hendak didoakan. Sekali lagi air mata mengalir tanpa henti.

MINUM AIR ZAMZAM

Kemudian, terus minum air zamzam di pinggir dataran. Ambil satu cawan air zamzam, menghadap Kaabah, berdoa doa ketika minum air zamzam, "Ya Allah, aku mohon padaMu ilmu pengetahuan yg bermanfaat, rezeki yg luas, dan penawar daripada segala penyakit ". Dan aku sambung sedikit lagi doa yg aku kehendaki. Buat tiga kali teguk dan minum sehingga habis.

Selesai tawaf, solat sunat tawaf,  minum air zamzam, kemudian kami mengambil kasut dan bersedia untuk melakukan Sai'e. (Cerita Sai'e, aku sambung di entri seterusnya ).

Aku sedar, inilah kemanisan yg diberikan setelah dugaan ujian menghempap aku setahun yg lalu. Allah Maha Penyayang.

Astarfirullah, ampunkan aku Ya Allah.

2 comments:

  1. Belum berkesempatan menunaikan haji. Tapi pengalaman melakukan umrah adalah saat-saat yang indah dalam hidup seorang manusia kan Nurul..berada di mekah dan Madinah sangat berbeza..hal dunia adalah perkara kedua...In Shaa Allah kita pasti akan ke sana lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul tu.. semoga lain kali dapat tunaikan haji pula. In shaa Allah.. kuasa Allah siapa tahu kan. Pengalaman indah kan Raudzah bila lakukan umrah.. banyak manisnya. In shaa Allah kalau ada kesempatan nak ke sana lagi...

      Delete