Friday, July 19, 2013

Umrah 2013 - Kota Suci Madinah Al-Munawwarah

Assalamualaikum..

Hari ke-2 aku di Madinah, 18 Jun 2013.

Dugaan pertama aku di sini, aku datang period..huaaa sob sob sedih sangat. Walaupun aku dah makan ubat untuk lewatkan period, tapi turun jugak. Sememangnya tarikh tu adalah tarikh period aku. Jadi terpaksalah aku memerap je kat dalam bilik hotel. Sedihhhh sangat bila tengok mak, maksu dan kak ton siap siap untuk pergi solat di Masjid Nabawi. Bila mereka pergi je ke masjid, aku yg keseorangan dalam bilik mulalah menangis, mulalah drama sendu mendu. Ye lahhh dah sampai Madinah, dah dekat dengan Masjid Nabawi tapi tak boleh pergi untuk beribadah...sob sob sedeyyyyy sangat. Aku merayu merintih berzikir " Ya Allah tolonglah hentikan kejap darah haidku ni, aku nak sangat beribadat kepadaMu, tolonglah Ya Allah. Aku dah sampai di tanah suci Madinah, berilah peluang untuk aku beribadat di sini, dalam Masjid Nabawi..tolonglah Ya Allah ampunkanlah dosa dosaku selama ni...". Doa itulah yg tak henti henti aku panjatkan kepada Yang Maha Esa.

Lagi sedih bila mak, maksu dan kak ton balik dari Masjid Nabawi dok cerita yg indah indah belaka pasal Masjid Nabawi ni. Menangis lagiiii la aku ( dalam hati je ). Aku jenis tak suka tunjuk kat orang kalau aku nangis, burokk. Teringinnya aku ni hanya Allah yg tahu. Teringin nak tengok keindahan Masjid Nabawi yg selama ni aku tengok dalam gambar je.

Nasib baik lah aku ada paksu yg sangat prihatin kepada anak saudaranya yeaaa!. Paksu ajak aku ronda ronda kat kawasan sekitar Masjid Nabawi, boleh tengok dari luar pagar je lah. Dah keluar tu baru aku perasan yg rupanya hotel kami hanya bersebelahan pagar Masjid Nabawi, terlalu dekat Alhamdulillah. Masa aku ronda ronda tu, mak, maksu dan kak ton ke Raudhah. Aku sempat mintak mak tolong doakan untuk aku, mohon dipermudahkan aku untuk beribadat di sini. Subhanallah, ikut hati rasa nak terkam masuk je dalam Masjid Nabawi tu. Tapi tak boleh lah kan. Cantik sangat sangat. Teruja tengok payung payung yg dulunya hanya aku tengok dalam tv atau dalam gambar je, excited sebab sekarang ada depan mata!!.  Subhanallah!.. (dalam hati rasa sayu sangat, sampai juga aku di sini ye, rasa macam mimpi! Serius macam mimpi! )

Sempat jugak aku dan paksu ronda ronda tengok kedai kedai jubah dan sebagainya. Sejujurnya aku sukakan Madinah daripada Mekah. Ketenangan yg sukar digambarkan bila berada di Madinah. Rasa tenang, rasa sejuk (walaupun cuaca panas ), rasa lapang, lapang minda dan macam macam rasa. Bila dah keluar baru aku mula rasa kering bibir. Dah mula rasa kelainan cuaca. Hari ke dua kami para jemaah bebas beribadat dan melakukan aktiviti sendiri.

Alhmdulillah makanan di Anwar Al Madinah Movenpick Hotel tersangatlah sedap. Paling suka roti. Tak pernah aku rasa roti sesedap itu. Sampai sekarang teringat. (Makanan lagi...nak buat camna i'm a food lover! )..hehe.


 
 Antara pintu masuk 
Masjid Nabawi

 
 roti yg sangat sedap

No comments:

Post a Comment