Sunday, March 10, 2013

Bandung ~ last day ~

Malam ni aku tekadkan diri kena habiskan jugak cerita percutian aku di Bandung. Makin disimpan semakin basi.
Ok hari terakhir kami di Bandung, malam sebelum tu semua masuk dalam bilik masing masing awal sebab nak packing barang. Malam tu jugak aku mula buat perangai 'menyebai' gara gara bag tak cukup space untuk pack barang. Sampaikan aku cakap kat mak yg aku nak tinggalkan je favourite sweater aku, tshirt dan lain lain barang di hotel sebab memang tak cukup space dah. Then mata dah ngantuk terus je aku tido.

Bangun pagi aku tengok ohhhh semua barang dah di packing dengan baik. Siapa lagi yg buat? mestilah mak aku. Pukul 1000 pagi abg ijal datang ke hotel. Kami bersarapan bersama buat kali terakhir. Bergambar dengan staf hotel, mak kasi duit tips sikit untuk semua staf yg baik hati. Sedih pulak nak tinggalkan Bandung. 


Kami tinggalkan Bandung jam 10.30pagi bergerak ke Jakarta melalui lebuh raya. Flight kami jam 4 petang. Jadi ada masa yg panjang untuk kami santai santai sepanjang perjalanan. Masuk je bandar Jakarta jam 2.30 petang. Jalan dah mula macep ( sesak ). Tapi abg ijal cakap jangan risau, boleh sampai awal dan boleh rilex rilex dulu di Sokaerno Airport. Memang betul cakap dia. Kami sampai jam 3.30 petang.

Dah sampai di Sokaerno Airport, rupanya flight dari Penang baru je mendarat. Aku lihat ada orang Penang baru sampai. Dan aku dengar yg sorang tu cakap kat wife dia, " depa tu shopping kat Bandung lettew " hihi of course lah cik abg oiii. Tengok bag je diaorg dah kenal ek bag dari Bandung. 

Selesai check in kami menuju ke kaunter untuk check barang. Tiba tiba pihak kastam ( org indon panggil kastam jugak ke? ) suruh kami buka beg plastik yg kami bawa. Sekali check dia cakap yg kayu pokok Wariskukun yg kami beli di Gunung Tangkuban Parahu kami tak boleh bawa balik Malaysia...aku, mak dan maksu dah tak sedap hati. Mula mula merayu jugaklah cakap mana kami tau, kayu tu tak boleh bawa keluar. Sekali kastam tu cakap "enggak apa apa ibunya tunggu diruang pelepasan ya, bapaknya sila ikut saya"...paksu aku pun ikutlah kastam tu masuk satu bilik kecil kat situ. Rupanya dia nak fulus wehhh. Kasi RM50, rokok sebatang, serta merta lepas. Siap bagi nombor telefon dia lagi. Rasuah rasuah di Indonesia.

Alhamdulillah kami selamat sampai di Penang Airport jam 8.30malam. Aku excited bila nampak abah dah tunggu kat ruang menunggu.Syok syok aku tolak troli, sekali kastam Malaysia pulak tahan. Adoiiiii not again!!!!!. Dia check barang. Tanya beberapa soklan. Rupanya kami dikenakan cukai. Senang cerita pup pap pup pap kami kena dekat RM500 jugaklah untuk tax dan sebagainya.

So the moral of the story is jangan perabih duit sehingga kering kontang poket anda ye. Kalau dah sampai Malaysia ok jugak sebab ada mesin ATM boleh jolok maaa. Kalau kat Sokaerno Hatta dah kering poket, camner nak buat tuhh..so beringatlah sama time shopping ye ( pesanan penaja uuu ). 

Alhamdulillah percutian kali ini dipermudahkan Allah. Seronok sangat dan tak sabar nak repeat Jun ni.

1 comment:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete