Wednesday, March 27, 2013

Don't judge a book by its cover

Assalamualaikum

Dah pukul 3.30 pagi sewaktu aku menaip entri ni. Semenjak dua menjak ni aku hadapi kesukaran untuk tido waktu malam. Tak tahu kenapa.Fikir masa depan sama kot..ok kali ni aku bukan nak bercerita tentang diri aku tapi tentang budak budak remaja di Teluk Bahang Penang.

19 March lalu aku dapat berita sedih kehilangan dua pupu aku yg meninggal akibat eksiden antara motosikal dengan Rapid Bas di Teluk Bahang. Agak rapat dengan arwah jadi kehilangan beliau amat dirasai kami sekeluarga. Baru berumur 24 tahun dan ikutkan perancangan akan menamatkan zaman bujang tahun ni. Arwah dah bertunang. Tapi Allah lebih sayangkan arwah Rasyidi Ikram..Al fatihah buat arwah moga ditempatkan di kalangan orang yg soleh.

Masa aku dapat berita kematian arwah, aku dan mak sedang jogging di Stadium Batu Kawan. Lepas dapat tahu, aku mak dan abah bergegas ke Teluk Bahang. Sampai disana, jenazah arwah belum sampai lagi. Jadi kami hanya menunggu dan siapkan apa yg patut. Lebih kurang jam 10.30 malam jenazah arwah sampai dari Hospital Penang.

Aku lihat ramai kenalan arwah turut serta dalam penghantaran jenazah. Kebanyakannya sebaya dengan arwah. Selepas jenazah diangkat ke katil, aku lihat ramai sahabat arwah mengerumuni jenazah sambil sedekah Al fatihah buat arwah. Ada yg tak dapat sembunyikan kesedihan. 

Apa yg buat aku kagum, kalau diperhatikan dari luaran memang tak disangka ada dikalangan sahabat arwah yg berkebolehan baca surah Yasin. Kalau tengok penampilan, dari segi gaya rambut, pakaian, pakai rantai silver bagai...memang tak sangka langsung bole baca surah Yasin. Dari situ aku sedar, jangan sesekali membuat andaian dari segi penampilan seseorang.

Jangan ingat dengan penampilan seseorang kita boleh tahu keperibadiannya. Tak semestinya berpakaian alim itu dia pandai semua. Kadangkala itu semua hanya lakonan untuk mengaburi penafsiran seseorang terhadap individu tersebut. Malah ada kalanya yg berpakaian seksi itu lebih mulia akhlaknya berbanding yg menutup aurat dengan baik. Hati seseorang individu kita tak tahu. Mungkin dia lebih mulia disisi Allah..siapa tahu. ( saya tak kata saya baik, saya sendiri belum menutup aurat dengan sempurna, mudah mudahan saya ke arah itu nanti insyaallah ).

Saya perhatikan sahabat sahabat arwah dari mula sampai selesai jenazah dikebumikan. Masa di tanah perkuburan semuanya turut sama membantu. Tersentuh hati saya melihat keaadaan itu. Sebab dikampung saya sendiri budak budak remaja bukan seperti itu. Jauh bezanya. 

Dari situ saya sedar, kita tak boleh judge seseorang berdasarkan penampilannya sahaja. Mesti kenal luar dan dalam baru boleh buat penilaian. Setiap manusia ada kelebihan dan kelemahan masing masing. Wallahualam.

# Al Fatihah buat arwah Muhammad Rasyidi Ikram #
~ Bersemadilah dikau dengan tenang disana. Insyaallah suatu hari nanti kita akan bertemu kembali ~

Terima kasih sudi baca entry saya niiii

1 comment:

  1. dear tq so much for the following..keep reading mine y xsberapa yer ;) btw this is such a nice story, yup sy pon kdg2 TER judge ppl n plg sedih bile ppl plak yg blindly judge sy...huhu saket hati kn xckup knal tp assume mcm2..so i guess dont do the thing that u dont like ppl do it on u, simple! ;D

    ReplyDelete