Wednesday, October 30, 2013

Keistimewaan Kota Madinah

Satu satunya tanah yg Rasulullah SAW sahkan boleh digunakan untuk mengubati penyakit dengan izin Allah ialah tanah di kawasan tanah haram Madinah.

Di dalam sebuah hadis yg diriwayatkan Bukhari, Rasulullah SAW bersabda,  " Dengan nama Allah , debu tanah kita (yg dicampur) dengan air liur setengah daripada kita menyembuhkan dari penyakit kita dengan izin Allah ".

Dalam soal keistimewaan meninggal dunia di Madinah,  Rasulullah SAW bersabda "sesiapa berkemampuan untuk meninggal dunia di Madinah hendaklah dia meninggal dunia di sana,  kerana aku akan memberi syafaat bagi pihak setiap orang yg meninggal dunia di situ. " (Riwayat Al-Tirmizi).

Madinah merupakan salah satu dari dua kota suci Islam yg dikawal para malaikat sepanjang masa.  Kawalan yg dibuat itu ialah bagi menghindari penyakit taun dan serangan Dajjal.  Seperti yg kita tahu bahawa di akhir zaman nanti,  Dajjal akan muncul di setiap kota dan desa.  Namun istimewanya Madinah dan Mekah tidak dapat dimasuki Dajjal kerana ia dikawal oleh para Malaikat yg diutus Allah bagi tujuan tersebut.

No comments:

Post a Comment