Thursday, October 31, 2013

Umrah -part 5-Perjalanan ke Mekah

Assalamualaikum..

Perjalanan menuju Makkah mengambil masa lebih kurang 7 jam dan aku sangat terleka melihat luasnya padang pasir dan gunung berbatu yg terbentang di depan mata. Aku masih berasa seperti bermimpi apabila melihat suasana yg sangat berbeza dengan bumi bertuah Malaysia.

Perjalanan ini perlu tahap kesabaran yg tinggi kerana di sana tiada tempat perhentian rehat yg indah seperti di Malaysia. Berkali kali aku berdoa mohon untuk tahan 'segala hajat membuang ' samada yg kecil mahupun besar kerana tahap kebersihan tandas di sana amatlah tidak memuaskan. Seingat aku pemandu bas hanya berhenti sekali sahaja untuk perjalanan 7jam. Sesekali kelihatan juga beberapa kabilah menunggang unta menuju ke destinasi masing masing.

Di Bir Ali, kami berhenti untuk miqat dan bermulalah perjalanan umrah kami yg berada dalam keadaan ihram. Ketika inilah perlu beringat pantang larang semasa dalam keadaan ihram. Mutawif mula mengajak jemaah untuk bertalbiah ketika menyambung semula perjalanan ke Makkah. Ketika ini sekali lagi aku berasa sebak.. labbaikallah humma labbaik....

Setelah melalui perjalanan yg meletihkan, kami tiba di Makkah. Ketibaan kami disambut dengan kesesakan kenderaan serta ratusan ribu manusia dari seluruh dunia yg 'dijemput ' menjadi tetamu Allah.

Kami dibawa untuk mendaftar masuk di Hotel Nada Deafah yg terletak kira kira 120 meter dari Masjidil Haram. Setelah melepaskan penat beberapa ketika, akhirnya jemaah bekumpul untuk menunaikan umrah dengan diketuai mutawif.

Tetapi ketika ini aku diuji lagi, aku kedatangan darah haid dan ini menghalang aku untuk melakukan umrah. Aku berada dalam keadaan ihram selama empat hari. Terima kasih kepada mak teh aku yg banyak menolong memberitahu tentang pantang larang yg perlu aku patuhi. Mak teh ada membuat panggilan bertanya tentang keadaan aku kepada ustaz tabung haji yg berada di Malaysia. Alhamdulillah ustaz tersebut banyak menolong menerangkan tentang hukum hakam agama.

Aku tak lupa berpesan kepada mak supaya sentiasa doakan untuk aku agar aku boleh lakukan umrah dengan baik kerana peluang sebegini tidak muncul selalu. Di dalam bilik hotel aku beristighfar berulang kali mohon diampunkan segala dosa dosa aku terdahulu. Menangis aku seorang diri di dalam bilik ketika melihat di kaca televisyen jemaah melakukan tawaf dan solat di Masjidil Haram. Di sini sentiasa ada siaran langsung di Masjdil Haram..

Akhirnya doa aku dimakbulkan, hari keempat di Makkah darah haid aku kering sepenuhnya. Debaran aku sampai ke kemuncak apabila terpandang Kaabah yg tersergam indah di depan mata. Ketika itu, perasaan bercampur baur tak dapat digambarkan dengan kata kata. Hanya yg pernah melihat Kaabah di depan mata sahaja tahu dan faham perasaan ini. Air mata mengalir tak henti henti. Perkataan Alhamdulillah sentiasa di bibirku menyatakan betapa bersyukurnya aku atas nikmat yg Allah berikan kepadaku. Doa orang yg pertama kali melihat Kaabah adalah mustajab dan diperkenankan Allah.. mak teh selalu pesan perkara ini kepadaku. Tentang isi kandungan doa aku, biarlah hanya aku dan Allah yg mengetahui.

Bayangkan dalam jutaan umat Islam di seluruh dunia, aku antara individu bertuah dipanggil untuk mengunjungi rumah Allah. Ada individu yg berkemampuan tapi tidak terbuka hati untuk datang ke rumah Allah. Itu semua bersebab dan setiap kejadian hanya dengan izin Allah.


 Mak & mak teh di dalam Masjidil Haram memandang 
Kaabah.



 Depan perkarangan Masjidil Haram


Selesai sai dan tahalul. 
Selesai melakukan umrah. Perasaan bercampur baur, sedih ada,gembira pun ada.

No comments:

Post a Comment