Saturday, November 9, 2013

Umrah -Bertemu Kawan Baru di Masjidil Haram-

Assalamualaikum.

Aku percaya, jika kita menolong seseorang, atau memudahkan urusan seseorang, pasti akan ada balasan baik yg menanti di hadapan. Bukan meminta balasan, tapi maksud aku,  Allah akan membalas setiap kebaikan yg dilakukan, dalam bentuk apa sekali pun, tak kira tersirat atau tersurat. Hanya memerlukan sedikit pemerhatian atas apa jua yg berlaku dalam kehidupan seharian kita.

Semasa berada dalam Masjidil Haram ketika menunaikan umrah dulu, aku, mak, kak ton, maksu dan makteh selalunya akan datang awal setengah jam sebelum solat fardhu. Hotel tempat kami menginap berdekatan masjid jadi ini amat memudahkan kami untuk berulang alik ke masjid.

Bila sampai dalam Masjidil Haram, aku selalunya akan mengambil tempat berdekatan tiang dan kedudukan kami selalunya ikut turutan, aku, Mak, makteh (berkerusi roda ), maksu dan kak Ton. Rutin kami selalunya, solat tahiyatul masjid, minum air zamzam (selalunya dua gelas ), kemudian berzikir sebelum menunggu masuknya waktu solat.

Satu hari tu, ketika aku menunggu masuk waktu solat Zuhur, ada seorang wanita keturunan arab lalu ulang alik di depan aku seperti mencari tempat untuk solat. Aku memerhatinya sambil senyum ke arahnya. Kemudian aku tunduk kembali sambil berzikir.

Tiba tiba aku terasa bahu aku di sentuh lembut. Aku dongak, aku lihat wanita arab yg sama. Dia bertanya kepada aku, tempat sebelah kiri aku ada orang tak? berkata dalam bahasa Inggeris. Aku jawab kembali, tidak ada dan boleh kalau dia nak solat bersebelahan aku. Dia senyum dan duduk.

Kemudian kami berbual, tanya nama apa?  dari mana? pertama kali umrah ke?  dan banyak lagi yg dibualkan. Dia dari Mesir, datang buat umrah sorang sorang (terfikir juga aku, tentang masalah mahram, boleh pulak datang sorang sorang tanpa mahram, mungkin setiap negara ada undang undang sendiri ), belum berkahwin dan yg seronoknya umur dia sebaya aku.

Makteh disebelah mak ada berkata "Ayus dah jumpa kawan baru tu ". Aku senyum je. Kemudian masuk waktu Zuhur kami sembahyang berjemaah macam biasa. Selesai solat Zuhur, selalunya akan ada solat sunat jenazah, aku tak lepaskan peluang untuk solat sunat jenazah kerana makteh ada cerita, pahalanya adalah seluas bukit Uhud. Dan aku dah lihat bukit Uhud, sememangnya luas. Subhanallah.
Aku perasan yg wanita arab ni tak solat sunat jenazah, dia hanya memerhati kami solat.

Rupa rupanya dia tunggu aku habis solat. Selesai aku memberi salam, dia sentuh bahu aku dan memberi sehelai t-shirt sebagai kenang kenangan.. alhamdulillah seronoknya aku bukan kepalang. Aku lihat dia turut memberikan stokin kepada nenek tua yg duduk di sebelahnya. Baik cantik orangnya. Kemudian kami bersalaman sempat juga aku kenalkan dia dengan mak aku. Sempat berkata moga kita berjumpa lagi,  In shaa Allah..

Sebenarnya, peristiwa bertemu sahabat baru di Masjidil Haram berlaku dua kali. Yg kali ke dua, aku bertemu dengan wanita Iran. Dia datang bersama suaminya. Berkerja sebagai guru matematik. Kejadian hampir sama, mereka mencari tempat solat, lalu aku berikan tempat solat bersebelahan kiri aku. Dan ada ketika aku menjaga tempat mereka, kadang kadang mereka bangun untuk mengambil air zamzam.

Dengan wanita ini kami sempat bertukar tukar email. Selesai solat bersalaman dan mengucapkan terima kasih dan salam. Makteh sempat berkata "Ayus ramah, sebab tu senang dapat kawan baru ". Aku hanya menjadi diri sendiri. Dan menolong seikhlas hati. Allah tahu.

"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya ). Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya )." Surah al -Zalzalah, ayat 7-8.


 Baju yg diberikan kepada aku sebagai kenang kenangan pertemuan di Masjidil Haram. Made in Egypt. 
Semestinya aku simpan sebaik baiknya.

4 comments:

  1. Alhamdulillah..Tak rugi kalau kita berbuat baik dengan orang..kerana allah itu adil....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul tu. Yg penting nawaitu di hati kan Raudzah..

      Delete
  2. bertuah nurul fairuz diberi kesempatan utk menunaikan umrah..salam ukhwah dari ana..

    ReplyDelete