Friday, November 8, 2013

Umrah -Keistimewaan Makkah-

Assalamualaikum..

Terdapat satu ruangan tanah di planet bumi yg istimewa.  Ia adalah sebidang tanah seluas lebih kurang 540 kilometer persegi. Tempat inilah Allah pertama kali meletakkan bangunan rumah Allah di bumi,  iaitu KAABAH. Kaabah juga sebagai tempat tumpuan kiblat manusia seluruh dunia.

Antara kelebihan Makkah:

1)    Tempat dibangunnya rumah Allah (Baitullah ) pertama kali.

2)    Kota kelahiran nabi junjungan kita Rasulullah SAW sebagai nabi akhir zaman.

3)    Tempat pertemuan Adam dan Hawa yg mana setelah dikeluarkan dari syurga, mereka berdua hidup  mengembara selama 200 tahun sehingga Allah menemukan mereka kembali di Jabal Rahmah, Arafah.

4)     Tempat beribadah para hambaNya serta adanya kewajipan atas mereka untuk mengunjunginya mengerjakan haji.

5)    Tempat yg tidak boleh seorang pun masuk ke dalamnya kecuali dengan KERENDAHAN HATI, KHUSYUK, dan MENINGGALKAN SEGALA BENTUK PAKAIAN PERHIASAN DUNIA.

6)    Tempat yg dijadikan Allah sebagai tanah suci yg aman, yg tidak boleh ada pertumpahan darah di sana.

7)    Tempat yg dimaksudkan untuk menghapuskan dosa dosa lalu.

8)    Tempat yg Allah mewajibkan orang yg mampu untuk mengunjunginya.

9)    Tempat Allah mensyariatkan kepada manusia untuk bertawaf di Kaabah.

10)   Tempat yg tidak ada di muka bumi ini suatu masjid pun, yg memiliki keistimewaan bagi sesiapa yg solat di dalamnya maka pahalanya akan dilipatgandakan 100,000 kali. Sebab itu amatlah rugi jika ada yg ke sana tapi tidak ambil peluang untuk solat di masjidil haram tetapi melakukan solat di bilik hotel. Amatlah rugi bagi orang yg sedemikian.

11)   Tempat yg mustajab bagi orang yg berdoa di sana, misalnya di Hajar Aswad, Rukun Yamani, Makam Ibrahim, Hijir Ismail, telaga Zamzam, di Arafah saat berwukuf dan lain lain.

12)   Tempat di mana Allah pernah bersumpah atas nama negeri Makkah seperti dituturkanNya dalam surah At Tin, kalau tidak kerana isitimewanya Makkah, Allah tentu tidak perlu mengangkat sumpah atas nama negeri yg sarat dengan sejarah itu.

13)   Tempat yg sentiasa dijaga para malaikat.

14)   Tempat adanya telaga zamzam yg luar biasa nikmatnya.

15)  Tempat yg Allah berikan balasan bagi siapa yg berniat jahat, walaupun belum melakukannya.

Dan banyak lagi keistimewaan Makkah yg terlalu banyak untuk disenaraikan di sini. Yg aku senaraikan antara yg aku dapat melalui pencarian di dalam buku, surat khabar dan internet. Sebenarnya masih banyak keistimewaan Makkah yg tersirat dan tersurat.

Semakin mengenali Makkah, semakin buat aku jatuh cinta. Sama samalah berdoa dari sekarang, hari ini, saat ini, semoga Allah murahkan rezeki, permudahkan untuk kita ke tanah suci.. ketika di sana, hampir setiap hari aku berdoa "Ya Allah, jadikan ini bukan kunjunganku yg terakhir, aku ingin datang lagi ke sini Ya Allah, murahkan rezekiku, permudahkan aku untuk datang sini lagi, tolonglah Ya Allah, makbulkan permintaanku ini Ya Allah, amin. "

No comments:

Post a Comment