Monday, November 4, 2013

Umrah -Dihimpit Tok Arab-

Assalamualaikum...

Berkali kali aku berdoa mohon dijauhkan perasaan riak dan takbur ketika menulis entri ini. Permudahkanlah Ya Allah. Ini hanya perkongsian pengalaman aku ketika berusaha untuk mendekati Kaabah nan indah.

Misi untuk mendekati Kaabah. Pada waktu pagi lebih kurang pukul 10pagi lebih macam tu. Kami berlapan iaitu aku dan mak, pakteh dan makteh, paksu dan maksu, kak Ton dan suaminya cik Din,  bergerak menuju Masjidil Haram dengan misi untuk mendekati Kaabah dan melakukan solat sunat berdekatan Kaabah dan tempat yg mustajab doa.

Sampai dalam kawasan tawaf, aku perhatikan keadaan tidaklah padat sangat dengan manusia. Ramai juga tapi tidak terlalu padat. Aku membaca doa Rabbi Yassir Wala Tu assir, permudahkanlah kami Ya Allah,permudahkanlah.. kemudian Pakteh sebagai ketua kami (kerana telah berpengalaman banyak kali menunaikan umrah dan haji ),memecahkan kami kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama, aku, maksu, paksu, makteh dan pakteh sebagai ketua. Kumpulan kedua, mak, Kak Ton, cik Din dan paksu (paksu akan jadi ketua untuk kumpulan kedua ).

Kami mula bergerak dalam barisan seperti keretapi untuk mendekati Kaabah. Aku dan maksu cuba menjaga makteh yg sedikit uzur kerana dia berjalan menggunakan tongkat. Pakteh di hadapan mula berjalan sambil mengangkat tangan ke atas untuk meminta sedikit ruang untuk kami mendekati Kaabah. Manakala paksu menjaga kami di belakang. Aku, maksu dan makteh di tengah. 

Kami mula mendekati ribuan manusia yg sedang melakukan tawaf. Seperti hendak  melintas jalan tetapi jalan tersebut ada kereta yg banyak dan lalu lintas sesak. Lebih kurang begitulah situasinya. Alhamdulillah, lepas. Kami mula mendekati Multazam tempat yg mustajab untuk berdoa.

Pakteh terus berkata, ok boleh kucup Kaabah sekarang. Subhanallah, jujur aku agak kaku dan terpinga pada mulanya. Seperti tidak percaya Kaabah berada di depan mata dan saat itu aku boleh mengucup dan memegang Kaabah pula. Subhanallah Allahuakbar rahmat Allah. Air mata mengalir tanpa henti. Aku mengucup dinding Kaabah dan berdoa. Walaupun keadaan agak kelam kabut, dengan ribuan manusia yg berasak asak untuk mendekati Kaabah, aku bagaikan berada dalam duniaku sendiri. Yg ada hanya aku, Allah dan Kaabah. Meratapi dan memohon keampunan atas dosa dosa lalu.

Kemudian aku sempat solat sunat Taubat di Multazam. Pada mulanya aku agak was was. Fikir aku mana mungkin aku dapat sujud dengan ribuan manusia berasak asak sebegitu rupa. Tetapi pakteh meyakinkan aku, boleh boleh solat cepat. Pakteh dan paksu jaga. Aku dengar pakteh berkata pada orang Arab yg berasak asak menolak, 'Nisa , solat, Nisa , solat '. Aku lihat di kananku makteh mula solat, di kiriku maksu juga mula solat. Tanpa berlengah, aku terus solat sunat Taubat di Multazam. Indahnya solat bila Kaabah hanya berada sejengkal dariku. Allahuakbar....

Kemudian kami bergerak menuju ke Hijir Ismail di Rukun Iraqi.. sekali lagi berdoa. Di sini keadaan sangat padat. Sekali lagi pakteh suruh kami solat sunat di sini. Aku solat sunat Hajat di sini. Berdoa. Subhanallah Allahuakbar nikmat.. tak terhingga.

Kemudian kami bergerak menuju ke Hajarul Aswad. Keadaan di sini lebih padat dan ada kalanya seperti ombak lautan manusia. Terasa mengah. Aku kuatkan hati sambil berkata dalam hati permudahkanlah Ya Allah sikit saja lagi. Kami sempat mengucup batu syurga di Rukun Yamani. Tetapi tidak berkesempatan untuk mengucup Hajarul Aswad kerana manusia terlalu padat dan berasak asak.

Ketika inilah aku dihimpit seorang tok arab yg berbadan besar. Selesai aku mengucup batu syurga, apabila aku nak pusingkan badan ke belakang ketika inilah aku dihimpit. Aku tak boleh bernafas. Terasa mengah. Hanya kepala didongakkan ke atas untuk mengambil oksigen. Aku hanya berkata 'Allah... ' .Ketika itu makteh nampak aku berkeadaan begitu lalu makteh segera berkata 'Ayuss, baca Rabbi Yassir Wala Tu assir.. '. Aku segera baca doa itu. Dan kemudian seperti ada laluan kosong didepan aku. Subhanallah... Allah Maha Mendengar Lagi Maha Berkuasa. Aku boleh keluar dengan mudah sambil memimpin tangan makteh.

Makteh berkata 'Ayus nampak dak tadi? kuasa Allah, baca doa tu Allah mudahkan '. 'Ye makteh 'aku berkata. Kemudian kami bergerak ke tempat mak dan kakTon menunggu kami, dipinggir kawasan tawaf. Kemudian kumpulan mak pula yg pergi mendekati Kaabah diketuai oleh paksu.

Penat dan mengah hanya itu yg aku rasa ketika itu. Disamping rasa syukur tak terhingga dipermudahkan untuk mendekati Kaabah. Sambil menunggu mak, aku memandang Kaabah tanpa ada rasa bosan. Indahnya Kaabah....

Keajaiban yg telah kami tempuh bukan secara kebetulan. Kami berdoa, Allah mendengar dan Allah berkuasa untuk menunaikan apa yg telah kami pohon. Alhamdulillah syukur Ya Allah.

Umrah -Burung Berak dan Cerita Lalat-

Assalamualaikum..

Kisah Burung Berak.

Perkara ini berlaku di Makkah sewaktu aku bersama ahli rombongan menunggu van untuk lawatan kami ke ladang unta. Kami menunggu di luar hotel berdekatan jalan. Sambil menunggu van, sambil bercerita. Tiba tiba ada seekor burung merpati berak atas baju jubah  aku. Terkena bahagian belakang jubah.

Mak aku cepat cepat ambilkan wet tissue untuk cucikan najis burung tersebut. Kebetulan paksu aku ada berdekatan aku, paksu aku menegur 'banyaknya burung merpati, berak pulak ' lebih kurang begitulah apa yg diucapkan paksu. (Paksu, jika baca entri Yus ni, mohon pembetulan ye kalau ada yg tersalah ).

Kemudian tak sampai seminit, lengan jubah paksu pulak terkena najis merpati. Cepat cepat dibersihkan. Kami terus mengubah tempat menunggu ke tempat yg sedikit lapang, yg penting tiada bumbung atau wayar elektrik yg boleh jadi tempat merpati bertenggek dan melepaskan najisnya lagi.

Peristiwa itu aku lupakan kerana menganggap mungkin itu satu kebetulan sehinggalah aku pulang ke Malaysia. Dipendekkan cerita, mak ceritakan peristiwa itu kepada seorang teman baik mak. Kebetulan ketika itu sedara teman mak yg memang bermastautin di Makkah balik ke Malaysia. Makcik tersebut ada bercerita "tak boleh tegur burung merpati di Makkah.. " ye sememangnya merpati terlalu banyak di sana sehinggakan di luar hotel kami menginap penuh dengan najis merpati.

Makcik itu berpesan "jaga betul betul pantang larang semasa berihram, jangan disergah burung merpati yg cukup banyak di kawasan hotel." Makteh aku juga selalu berpesan "semasa ihram jangan dengan sengaja memijak belalang atau kekatu yg besar di bawah lampu, kerana pantang larang di dalam ihram antaranya ialah tidak boleh membunuh binatang buruan."

Tak pernah pula aku terfikir bahawa merpati dan belalang atau kekatu mahupun binatang yg kecil itu adalah binatang buruan. Rupanya binatang yg kecil sebegitu pun  masih dianggap sebagai binatang buruan. Yg aku faham binatang buruan ni seperti unta, kibas, kambing. Ya Allah....begitu banyak lagi yg perlu aku fahami dan belajar.

Kisah Lalat

Perkara ni berlaku ketika aku baru sahaja mendaftar masuk hotel di Makkah dan masuk ke bilik hotel untuk berehat sebentar, setelah menempuh perjalanan yg jauh dari Madinah.

Baru sahaja aku duduk di katil aku, ada seekor lalat datang menghinggap dahi aku. Macam biasa, aku terus menampar dahi untuk menghalau lalat tersebut tanpa terfikir yg aku berada dalam ihram. Nasib baik maksu aku menegur "Ayussss...kita dalam ihram, tak boleh bunuh binatang! " terus aku tersentak dan teringat yg aku dalam ihram... astarfirullah ampunkan aku Ya Allah.

Sebenarnya sampai sekarang aku dan mak hairan dengan lalat yg seekor itu. Ada ketika kami sampai, dan tak keluar dari bilik kami sehinggalah kami pulang.Seperti menemani aku pulak. Walaupun dibukakan pintu bilik tetapi lalat itu enggan keluar. Pelik sangat. Sempat juga kak ton, maksu dan mak bergurau "mungkin lalat tu teman Ayus tu ".. setiap kejadian yg berlaku hanya Allah yg tahu.. wallahualam.


 Di depan Nada Al Deafah Hotel, tempat kami menginap. 
Hotel ni agak terkebelakang dan berada di cerun bukit.

Sunday, November 3, 2013

Umrah -Mulut dan Hati Jangan Jahat-

Assalamualaikum.

Banyak kali dah dengar cerita orang balik dari Makkah, akan pesan, kat sana mulut kena jaga,hati kena jaga. Tapi aku tetap terbabas.

Perkara ni berlaku semasa di Makkah. Macam biasa kami akan pergi ke dewan makan untuk makan. Menu tengahari tu daging kibas. Aku ambil nasi dan lauk macam biasa. Duduk di meja biasa.

Suapan pertama, aku dah terbau sesuatu yg tak enak. Tapi aku diamkan. Suapan kedua juga begitu. Ada bau kat daging kibas tu. Kemudian terdetik dalam hati aku, HANYA DI DALAM HATI, maknanya hanya aku dan Allah saja yg tahu, "awat daging ni berbau? tak sedapla " . Aku tak cakap dengan sesiapa. Hanya kata kata di dalam hati.

Aku makan sikit sahaja, sedangkan aku tengok orang lain  bukan main sedap lagi. Dah habis makan, naik atas masuk dalam bilik hotel berehat. Aktiviti beribadat diteruskan seperti biasa.

Kemudian tiba waktu makan malam, bila aku nak makan sahaja, baru suapan pertama, aku dah terbau bau yg tak enak. Sudukan pula sayur, bila nak masuk dalam mulut, tetap ada bau. Aku dah rasa ada yg tak kena. Aku tanya mak, sedap tak?  Mak cakap sedap.

Ketika itu, baru aku teringat yg aku ada kata lauk tak sedap dan berbau di dalam hati. Astarfirullahalazim.. ampunkan aku Ya Allah. Aku beristighfar banyak kali. Jahat betul hati. Walaupun tanpa lafaz dari mulut, tetapi Allah tetap tahu.

Keesokkannya, ketika sarapan pagi, Alhamdulillah aku sudah dapat nikmati makanan seperti biasa. Sedap.

Betul cerita cerita orang yg balik dari Makkah, mulut hati perlakuan kena jaga sebaik mungkin ketika di sana. Orang lain tak tahu tapi Allah tetap tahu perbuatan setiap hambaNya. 

Astaghfirullah.. aku mohon keampunanmu. 


 Roti yg mabelesss tersangat sangat sedap ketika di Movenpick Hotel 
Madinah. Sampai sekarang aku rindu rasa roti yg sangat sedap ni. 
Ada di sini tetapi tahap sedap tak sampai tahap kesedapan di sana.


Saturday, November 2, 2013

Umrah -Exhibition of The Two Holy Mosques Architectures

Assalamualaikum...



 Mak dan kak Ton di perkarangan Exhibition of The Two Holy Mosques Architectures.



 Abang Awi (sepupu aku) minum air zam zam di perkarangan. 
Dekat sini pun senang ada tong air zam zam. Mudahnya nak minum air zam zam di sini. 
Nikmat ! yg paling sedap, air zam zam yg sejuk. Sedap sangat.



 Telaga zam zam dulu.



 Model Masjid Nabawi



 Tiang yg ada di dalam Kaabah.



 Sarung Hajarul Aswad.



 Marmar yg dipasang sebagai lantai dalam Masjidil Haram. 
Ada lubang kan. Fungsi lubang tu untuk mengalirkan air untuk menyejukkan lantai di Masjidil Haram. 
Hebatkan...



 Antara ahli rombongan kami.



 Hijr Ismail



 Ustaz Nabil dan isteri dari Wira Saujana Travel and Tours. Best ustaz Nabil. Sangat sporting dan baik.



 Mak



 Model Masjidil Haram. 
Dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2018.



 Yg dalam circle tu adalah binaan yg ada sekarang, yg dah siap. 
Yg belakang tu masih dalam pembinaan, dan tak ada lagipun. Masa aku pergi, kerja kerja meratakan tanah sedang dibuat.

Friday, November 1, 2013

Umrah -Tiga Jabal-



 Jabal Rahmah. 
Aku mengambil kesempatan berdoa untuk jodohku di sini. Semoga 
Allah memberikan yg terbaik untuk dunia dan akhirat, amin.



Berlatar belakangkan Jabal Rahmah.



 Mak dan kak Ton (bestfriend mak dunia akhirat tu).
Jabal Rahmah.



 Jabal Tsur. Ambil gambar dalam bas je sebab tak singgah. 
Cuma lalu sahaja. Perasan tak? langit di Makkah tak ada awan. Sebab tu Makkah jarang hujan.



 Tempat umat Islam mengerjakan haji. Arafah, Mina dan Muzdalifah. 
Berdekatan dengan Jabal Rahmah.



 Mak dan maksu di Jabal Nur. Di sinilah terletaknya Gua Hira' tempat wahyu pertama diturunkan kepada 
Nabi Muhammad SAW. Sejarah penting di Gua Hira' bagaimana Nabi Muhammad didatangi malaikat 
Jibrail as untuk menyampaikan wahyu pertama dari Surah Al-Alaq berbunyi Iqra (bacalah).

Umrah -Ladang Unta dan Masjid Hudaibiyah-


 Unta betina yg ada anak kat sini, dipakaikan bra. 
Mula mula aku tengok memang rasa kelakar sangat. Nasib baik aku gelak masih ingat yg aku masih berada di tanah suci Makkah. Jadi gelak sopan laa. 
Kenapa pakai bra? sebab tak nak anak dia hisap susu dia. 
Susu unta diperah untuk dijual kepada pelawat. Kesian anak unta kan..



 Comel sebenaqnya unta ni. Bulu mata panjang, kalah bulu mata pelsu che Ta..



 Masjid Hudaibiyah. Ni tinggalan yg asal. 
Bersebelahan dengan tinggalan asal adalah masjid binaan baru. Sesiapa yg nak miqat boleh la kat sini. 
Pakai siap siap pakaian ihram.

Umrah -part 7- Selingan Di Makkah


 Aku, maksu dan mak menikmati aiskrim yg sangat sedap. 
Kedai aiskrim ni dekat je dengan hotel kami menginap. Lagi dekat kalau guna lorong tikus.
(memang lorong tikus pun, jangan jalan sorang sorang terutama perempuan)



Perasa honeydew, nikmat sangat pekena aiskrim malam malam. Sangat kena dengan cuaca di 
Makkah yg agak panas.


 Shopping perfume. 
Tak ingat nama shopping mall ni, tapi satu bangunan dengan Hotel 
Hilton.


 Wangi sangat. 
Suka bau dia lembut je. Kadang kadang bila pakai perfume ni ada juga yg tanya perfume apa?
Beli kat mana? bau lembut..hehe..jauh sangat di Makkah. Sayang nak guna.