Wednesday, July 17, 2013

Umrah Pengabdian Diri - Madinah -

Bismillahhirrahmannirrahim..

Assalamualaikum...

Rasulullah SAW bersabda...
" Mengerjakan satu ibadat umrah dan diikuti pula satu ibadat umrah yg lain, menghapuskan dosa di antara keduanya". ( Hadis riwayat Albukhari dan Muslim )

" Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu".

Sebenarnya aku berasa takut dan berhati hati yg amat sangat untuk menulis entri kali ini. Aku bermohon agar dijauhkan dari rasa riak dan takbur. Berkali kali aku berdoa sebelum memulakan entri kali ini. Kerana entri kali ini berkaitan umrah yg baru baru ini sempat aku dan mak lakukan bersama sama, Alhamdulillah. Bila menulis bab agama, aku amat takut, takut tersilap fakta, takut timbulnya riak...Ya Allah jauhkanlah.. aku risau apa tanggapan pembaca yg membaca entri pasal umrah ni. Permudahkanlah amin..

Alhamdulillah tarikh 17 Jun 2013 hingga 29 Jun 2013 amat bermakna buatku. Aku, mak, pak teh makteh, maksu paksu dan abang Awi menjadi tetamu Allah. 17 Jun kami semua berkumpul di KLIA dan berlepas jam 3 petang menaiki pesawat Saudi Airlines menuju ke Madinah. Kami mengikuti pakej Wira Saujana Travel & Tours.

Beberapa bulan sebelum berangkat, aku dan mak mempersiapkan diri dengan ilmu untuk ke sana. Niat perlu dibetulkan. Pergi untuk beribadah, untuk mencari keredhaan Allah. Sejujurnya aku mengaku, perasaan takut yg amat sangat. Ye lah nak pergi ke tempat suci. Macam macam cerita aku dengar. Allah uji. Aku takut jika Allah uji aku disana. Rasa takut memikirkan dosa yg berkandaq selama aku hidup di dunia ni. Rasa diri ni kotor hina sangat. Layakkah aku menjadi tetamu Allah? Apakah ujian yg menanti aku disana? Akan terbuka kah aibku disana nanti? Ya Allah... beberapa bulan sebelum berangkat, sekerap mungkin aku cuba buat solat Taubat. Mohon diampunkan dosa dosa dan dipermudahkan segala urusan disana nanti.

Semakin dekat tarikh untuk berangkat hati ni semakin berbelah bahagi. Ada rasa suka, ada rasa sayu, dan ada juga terdetik tak nak pergi. Lagi dekat menghitung hari hati makin rasa sayu. Macam nampak bayangan Kaabah. Terasa seolah olah Kaabah melambai melambai Subhanallah. Makin kerap sebelum tidur aku lakukan solat Taubat. Merendahkan diri pada Yang Esa.

Alhamdulillah penerbangan kami selama 8 jam berjalan lancar. Sempat transit di Riyadh sebentar. Sampai di Madinah pun dah malam. Setibanya di Lapangan Terbang Medinah, kami dan para jemaah yg lain disambut oleh wakil ajen dan dibawa ke hotel dengan menaiki bas dan seterusnya mendaftar masuk di Anwar Al Madinah Movenpick Hotel. Subhanallah terasa ketenangan yg sukar digambarkan setelah menjejakkan kaki dibumi Madinah. Alhamdulillah tempat penginapan kami dengan 
Masjid Nabawi hanya berjarak 20 meter, dekat sangat.


Zakat Fitrah 2013

Apa itu zakat fitrah? Zakat fitrah ialah zakat badan yang diwajibkan sempena berakhirnya bulan Ramadhan mengikut syarat-syarat yang ditentukan.

Nabi SAW bersabda menerusi riwayat Ibn Umar bermaksud " Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan ke atas orang yang merdeka, hamba sahaya lelaki, perempuan dan kaum muslimin ".

Syarat Wajib Zakat Fitrah :-

1.   ISLAM
2.   Merdeka
3.   Mempunyai harta lebih daripada keperluan diri dan tanggungan pada hari raya dan malamnya.

Waktu dan Hukum Membayar Zakat Fitrah :-

DIBOLEHKAN   - Dari awal Ramadhan sehingga hari akhir bulan Ramadhan
WAJIB               - Selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan
AFDAL                - Selepas solat Subuh sehingga sebelum mengerjakan solat sunat Aidilfitri
HARAM              - Selepas solat sunat Hari Raya Aidilfitri

P/s : Sharing is caring!


Di bawah adalah kadar Zakat 
Fitrah mengikut negeri tahun 2013

Tuesday, July 16, 2013

Update blog guna tab

Baru aku tahu rupanya ada aplikasi mudah untuk meng 'update' blog guna tab. Selama ni punyala susah aku nak update setiap entri bila guna tab. Masalah utama bila nak upload gambar. Aku terpaksa tunggu berjam jam lamanya untuk setiap setiap gambar. Harini entah macam mana Allah mudahkan aku kot untuk update benda yg baik. Google punya google, aku terjumpa Bloggeroid kat Play Store. Dah install yeaaa! Senang giloss la keje aku selepas ini. Alhamdulillah syukur Kau permudahkan.

Tuesday, June 11, 2013

Adat Bertandang ke Rumah Orang

Assalamualaikum haiiiii....

Dah habis pun musim cuti persekolahan. Sepanjang cuti sekolah, macam macam majlis nak diadakan, kenduri kahwin, kenduri bertunang, kenduri orang nak pergi umrah eh macam macam kenduri lah.

Alhamdulillah rumah aku pun turut adakan kenduri semalam. Buat kenduri bacaan Yaasin. Taklah besar tapi penat tetap penat nak siapkan makanan dan nak mengemas rumah. Ye lah orang nak bertandang ke rumah mestilah nak rumah cantik dan kemas. Yang penting bersih. Dah selesai kenduri, timbul bab lain pulak. Nak cuci itu ini, rumah pun kena kemas balik. Tak habis lagi ni mengemas, tinggal dapur je. Sempat pulak curi masa update blog. Almaklumla mood blogging telah kembali hoyeaaaa!!!.

Antara tetamu yg datang. Syoknya depa berkelah hehe.



Kali ni aku nak cerita kisah adat bertandang. Adat bertandang yg aku maksudkan adalah lebih kepada adat bertandang ke rumah orang..senang cakap adat jadi tetamu orang. Bukannya apa, apa yg aku ingin ceritakan ini pernah aku lalui dan aku dengar dari sedara dan kawan kawan juga.

Ok kisahnya macam ni, mesti semua orang fahamkan kalau ada anak umur 12 tahun ke bawah. Kanak kanak umur macam ni biasanya memang tengah lasak dan ada juga yg nakal. NAMA PUN BUDAK BUDAK.

Aku cukup susah hati kalau aku tahu ada budak yg nakal datang rumah. Kalau yg jenis dengar kata tak pa. Tapi kalau yg tak makan saman, alahai boleh ada darah tinggi cheq!!!. Pernah terjadi seorang ibu ni bawa anak dia yg jenis nakal ke rumah aku. Umur 5 tahun. Si anak ni yg tidak tahuapa apa ni mula merayau dalam rumah. Di panjatnya sofa, tangan usik itu ini, senang cakap macam peluru. Aku tak marah dekat budak ni. Tapi aku hairan dengan ibunya. Boleh dia tak larang anaknya tu jangan usik barang rumah orang. Cakap la kat anak tu duduk baik baik ke. Semua ni atas didikan ibu bapa. Kenapa anak orang lain aku tengok ok je.

Si ibu ni asyik sembang tanpa pedulikan anak. Anak ni sekejap lari sana sekejap lari sini. Aduhh semak perut cheq!. Dah bosan lari lari, dicari pula apa yg boleh dia mainkan lagi. Panjat tangga, masuk habis bilik orang. Si ibu ni tetap makan dan menyembang tanpa pedulikan anak.

Bila si anak nak minum, terus diberi minuman. Itu tak pe. Tapi dibawa pula gelas lari sekeliling rumah. Tertumpahla air. Si ibu boleh buat bodoh dan senyum je. Bukannya nak larang si anak, masa minum duduk diam diam, minum elok elok. Pada aku la, kalau si ibu bijak ( bijak sebagai ibu ) dia seharusnya menyuap air kepada anaknya, jangan bagi anak yg nakal tu pegang. Kalau pecah gelas tu, apa cerita? Kalau gelas murah tak pe. Ini buat gelas tuan rumah tu jenis yg mahal, ada ko nak bayar? Kalau nak ganti pun mana da jual satu je mesti dijual satu set. Ada ko mampu? Kalau mampu tak pe itu lain cerita.

Jangan jadikan alasan " alah budak budak kecik memang nakal..kalau tak nakal bukan budak namanya ". Aku paling benci alasan yg macam tu. Cuba tengok anak anak orang berada, bukankah rumah mereka penuh dengan barangan mahal. Kenapa anak mereka baik je kelakuannya ada adab. Aku selalu dengar orang cakap " rumah hangpa tak pa la boleh hias elok elok, tak dak budak kecik ". Hellooooo itu alasan je dari seorang ibu yg malas nak kemas rumah. Cuba fikir rumah orang kaya tu depa tak dak anak kecik ka? Sama je kan... sebenarnya apa pun didikan dari seorang ibu. Kalau anak tu degil nakal, gunala psikologi, cakap baik baik. Aku tak suruh pun cubit atau bantai anak tu depan orang. Lagipun aku sendiri tak suka orang dok pukul anak ni. Banyak cara kita boleh tackle si anak kecil ni...melentur buluh biarlah dari rebungnya kann.

Ok balik pada cerita tadi, si anak ni semua benda nak pegang. Alas meja, main pintu, ( tak risau ke ibu tu kot kot terkepit jari anak tu kat pintu ). Yg si ibu ni sikit pun tak melarang, pegang anak dia tu. Kan budak kecik, biarlah dia nak buat apa pun..katanya. Berbulu mata aku ni... ye lah rumah orang bukan rumah dia kan. Dah sembang lama dah, yg ibu ni nak balik dah. Yang si anakbagi tumpah air, kot la dia nak tolong lap. Tak langsung. Tak lap pun tak pe at least cakapla minta maaf ke bagi pihak anaknya. Langsung tak. Tuan rumah jugak nak mengelapnya.

Aku dulu masa kecik kecik dulu, kalau pergi bertandang rumah orang, mak dah pesan awal lagi duduk elok elok jangan pegang itu ini. Kalau orang hidang air ke makanan ke, makan elok elok. Jangan gelojoh. Jemput tuan rumah makan sama. Kalau aku silap pegang gelas ke, siap la peha aku yg gebusss tu ena ketam dengan mak aku. 

Saturday, June 8, 2013

Cuti Sekolah Maaaa

Assalamualaikum...hai...

Masa aku tengah meng'update'kan blog ni, aku tersangkut dalam kesesakan lalu lintas kat highway Seremban...mak engkauuuu panjang gilerrrrrr jem nye. Ye lah esok kan ada yg dah mula sekolah setelah habis musim cuti penggal. Aku yg tersangkut ni dalam perjalanan dari Melaka balik ke kamoung halaman di Kulim.

Ke Melaka sebab ikut rombongan pengantin sepupu. Sepupu kahwin dengan orang Melaka. Cheq awai awai lagi dok berangan nak makan Asam Pedas Melaka yg sedap tu. Tapi hampaaaaa sebab tak sempat. Kami cuma pi pekena ikan bakaq di Umbai je. Tak pa laa cheq pujukkan hati, balik rumah nanti cheq nak masak Asam Pedas jugak. Masak sendiri makan lagi puassss.

Tapi best untuk abah sebab abah tercapai jugak nak makan masak lomak daging salai. Rumah kenduri masak daging salai arghhhhh sedap sangat sangat. Skala 1 hingga 10 aku kasi 10
sebab sedap menepati citarasa aku. Tak sempat nak snap gambar sebab bila masing masing
nampak daging salai tu terus berpinau biji mata den...

Thursday, June 6, 2013

Eh eh camner boleh tak kenal?

Assalamualaikum...hai...

Punyalaaaa lama giler aku tak update blog. Entah berapa banyak cerita kengkawan blogger yang aku ketinggalan maa. Sekali bukak mak oiii banyaknye cerita. Syok syok pulak tu.
Banyak sangat urusan yang perlu di ' settle' kan akhir akhir ni. Dengan kenduriiii banyak gilerrr tak usah dicerita la kan. Sana sini sinun orang tawen....syoknya depa dah tawen yeaaa. Dah sampai seru kan.

Okey sebenaqnya malam ni baru ja tak sat, aku chatting dengan sorang member ni. Kenal dalam pesbuk. Sembang punya sembang ghupanya, dia ada blog jugak. Yeaaa bestla sebab jumpa member yg sama kepala kamcheng la kiranya. Dia pun tak sombong, baik. Cheq suka! cheq suka!..

Sembang punya sembang dia ada taip nama Ben Ashari...aku ni dok fenin kapla, sapa pulak Ben Ashari ni? Pelakon ka? Retis ka? Penyanyi ka? Majistret ka? ngeh ngeh pinjam skrip Nyonya Mansur jap....jangan marah arrr nanti kena juallllll.

Aku ni jenis jujur, tak reti nak hipokrit. Kalau tak tau memang aku cakap tak tau. Jadi aku pun tanya la member ni, sape tu Ben Ashari? dia kata laaaa blogger terkenal tu, aduhhhh camner aku boleh tak kenal ni? Yang aku kenal Fatin Liyana hehe dan ada laaa lagi. Aku pun google la nama Ben Ashari.

Sekali bukak blog dia, tengok profile picture dia perghhhh hencem banget dong... sekali turun bawah sikit tengok entri entri dia yg sebelum ni, ' hadiah perkahwinanku '.... alaaa omak dia udah kawen rupanya...hehe tak pe la kannnnn. Best jugakla baca blog dia. Anyway thanks to my fren... aku rasa kalau dia baca entri ni dia tahu aku maksudkan dia tuuu...

Okey lah...kita kena tido dulu. Esok nak berangkat ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Majlis bertandang lah pulak.....

Sunday, April 7, 2013

Tak boleh upload picture

Hello hello kawan kawan...

Kenapa ye saya hadapi kesukaran hendak upload picture setiap kali nak publish entri baru.
Saya terpaksa upload guna picasa web. Tapi sekarang nak upload picture di picasa pun dah tak boleh.
Huaaaaaaa sapa sapa boleh tolong taaakk? So sad sebab ada banyak cerita yang ingin dikongsikan tapi dah ada masalah untuk upload picture pulak, jadi semuanya terbantut tergendala macam tu je.

Pleeez pleez pleez sapa bole tolong saya?
Kalau sesiapa ada penjelasan, tolong tinggalkan komen ye. Harap sangat.

Terima kasih