Friday, November 1, 2013

Umrah -Tiga Jabal-



 Jabal Rahmah. 
Aku mengambil kesempatan berdoa untuk jodohku di sini. Semoga 
Allah memberikan yg terbaik untuk dunia dan akhirat, amin.



Berlatar belakangkan Jabal Rahmah.



 Mak dan kak Ton (bestfriend mak dunia akhirat tu).
Jabal Rahmah.



 Jabal Tsur. Ambil gambar dalam bas je sebab tak singgah. 
Cuma lalu sahaja. Perasan tak? langit di Makkah tak ada awan. Sebab tu Makkah jarang hujan.



 Tempat umat Islam mengerjakan haji. Arafah, Mina dan Muzdalifah. 
Berdekatan dengan Jabal Rahmah.



 Mak dan maksu di Jabal Nur. Di sinilah terletaknya Gua Hira' tempat wahyu pertama diturunkan kepada 
Nabi Muhammad SAW. Sejarah penting di Gua Hira' bagaimana Nabi Muhammad didatangi malaikat 
Jibrail as untuk menyampaikan wahyu pertama dari Surah Al-Alaq berbunyi Iqra (bacalah).

Umrah -Ladang Unta dan Masjid Hudaibiyah-


 Unta betina yg ada anak kat sini, dipakaikan bra. 
Mula mula aku tengok memang rasa kelakar sangat. Nasib baik aku gelak masih ingat yg aku masih berada di tanah suci Makkah. Jadi gelak sopan laa. 
Kenapa pakai bra? sebab tak nak anak dia hisap susu dia. 
Susu unta diperah untuk dijual kepada pelawat. Kesian anak unta kan..



 Comel sebenaqnya unta ni. Bulu mata panjang, kalah bulu mata pelsu che Ta..



 Masjid Hudaibiyah. Ni tinggalan yg asal. 
Bersebelahan dengan tinggalan asal adalah masjid binaan baru. Sesiapa yg nak miqat boleh la kat sini. 
Pakai siap siap pakaian ihram.

Umrah -part 7- Selingan Di Makkah


 Aku, maksu dan mak menikmati aiskrim yg sangat sedap. 
Kedai aiskrim ni dekat je dengan hotel kami menginap. Lagi dekat kalau guna lorong tikus.
(memang lorong tikus pun, jangan jalan sorang sorang terutama perempuan)



Perasa honeydew, nikmat sangat pekena aiskrim malam malam. Sangat kena dengan cuaca di 
Makkah yg agak panas.


 Shopping perfume. 
Tak ingat nama shopping mall ni, tapi satu bangunan dengan Hotel 
Hilton.


 Wangi sangat. 
Suka bau dia lembut je. Kadang kadang bila pakai perfume ni ada juga yg tanya perfume apa?
Beli kat mana? bau lembut..hehe..jauh sangat di Makkah. Sayang nak guna.

Thursday, October 31, 2013

Umrah -part 7- Makkah Clock Royal Tower

Assalamualaikum.

Makkah Clock Royal Tower (Menara Jam Diraja Makkah ) atau dikenali sebagai Abraj Al-Bait. Inilah antara sebab entri pasal umrah aku lambat dihabiskan. Ada perkara yg aku perlu lakukan carian di Internet kerana ada perkara melibatkan fakta. Bila dah jumpa fakta, aku perlu salin sebagai nota kasar dalam buku peribadi aku. Kemudian bila aku dah puas hati baru aku buat rangka macam esei masa sekolah sekolah dulu. Kemudian baru aku taip sebagai entri..

Sebagai rakyat Malaysia, aku berbangga melihat struktur menara jam tersebut tersergam indah hasil tangan jurutera tempatan yg berkhidmat dengan syarikat Jerman, Namanya Wan Nazri Wan Aria. Banggakan....
Melalui pencarian aku, ada 14 tenaga pakar dari Premier Composite Technology yg membabitkan kumpulan anak muda Malaysia untuk memasang jam gergasi itu! aku juga menemui fakta bahawa jam Makkah ini disasarkan menjadi ' Pusat Masa Makkah ' iaitu pangkalan Coordinated Universal Time "T-U-C " dan penunjuk jam terkemuka dunia!...


 Menara Jam waktu siang. Mempunyai ketinggian 601 meter ,Menara Abraj 
Al-Bait adalah menara jam tertinggi dan terbesar di dunia, selain mengalahkan struktur menara jam lain di seluruh dunia seperti Menara Jam Palace of Culture and Science di Warsaw, Poland, Menara Jam
The Big Ben di London dan Menara Jam Ann-Bradley di Milwaukee, Amerika Syarikat.



 Menara Jam waktu malam.


Umrah -part 6- Makkah

Assalamualaikum..

Tiga hari berturut turut aku gigihkan diri untuk habiskan entri pasal umrah. Benda dah lama, dah basi rasanya. Setiap yg mula mesti ada pengakhirannya. Aku tak suka buat kerja separuh jalan, jadi nak tak nak kena habiskan jugak. Ok Nurul Fairuz !.. lagipun ada kenalan yg tanya aku bila nak buat entri tentang percutian aku ke Sabah minggu lepas. Ok ok sabaq sat naa. Habiskan dulu entri umrah.

Bagi aku Makkah adalah kota ibadat yg tidak putus putus dikunjungi umat Islam, malah semacam mempunyai tarikan kerana setiap kali waktu solat fardhu lima waktu tiba, semuanya berebut rebut membanjiri Masjidil Haram.

Bukan sekadar menunaikan umrah dengan tawaf mengelilingi Kaabah nan indah, pengisian aktiviti ibadat sangat banyak di dalamnya, setiap penjuru di dalamnya dipenuhi pembacaan alQuran dan zikir.



 Ruang solat lelaki Masjidil Haram



 Waktu malam perkarangan Masjidil Haram. Lepas Isyak.



 Tingkat paling atas Masjidil Haram


Umrah -part 5-Perjalanan ke Mekah

Assalamualaikum..

Perjalanan menuju Makkah mengambil masa lebih kurang 7 jam dan aku sangat terleka melihat luasnya padang pasir dan gunung berbatu yg terbentang di depan mata. Aku masih berasa seperti bermimpi apabila melihat suasana yg sangat berbeza dengan bumi bertuah Malaysia.

Perjalanan ini perlu tahap kesabaran yg tinggi kerana di sana tiada tempat perhentian rehat yg indah seperti di Malaysia. Berkali kali aku berdoa mohon untuk tahan 'segala hajat membuang ' samada yg kecil mahupun besar kerana tahap kebersihan tandas di sana amatlah tidak memuaskan. Seingat aku pemandu bas hanya berhenti sekali sahaja untuk perjalanan 7jam. Sesekali kelihatan juga beberapa kabilah menunggang unta menuju ke destinasi masing masing.

Di Bir Ali, kami berhenti untuk miqat dan bermulalah perjalanan umrah kami yg berada dalam keadaan ihram. Ketika inilah perlu beringat pantang larang semasa dalam keadaan ihram. Mutawif mula mengajak jemaah untuk bertalbiah ketika menyambung semula perjalanan ke Makkah. Ketika ini sekali lagi aku berasa sebak.. labbaikallah humma labbaik....

Setelah melalui perjalanan yg meletihkan, kami tiba di Makkah. Ketibaan kami disambut dengan kesesakan kenderaan serta ratusan ribu manusia dari seluruh dunia yg 'dijemput ' menjadi tetamu Allah.

Kami dibawa untuk mendaftar masuk di Hotel Nada Deafah yg terletak kira kira 120 meter dari Masjidil Haram. Setelah melepaskan penat beberapa ketika, akhirnya jemaah bekumpul untuk menunaikan umrah dengan diketuai mutawif.

Tetapi ketika ini aku diuji lagi, aku kedatangan darah haid dan ini menghalang aku untuk melakukan umrah. Aku berada dalam keadaan ihram selama empat hari. Terima kasih kepada mak teh aku yg banyak menolong memberitahu tentang pantang larang yg perlu aku patuhi. Mak teh ada membuat panggilan bertanya tentang keadaan aku kepada ustaz tabung haji yg berada di Malaysia. Alhamdulillah ustaz tersebut banyak menolong menerangkan tentang hukum hakam agama.

Aku tak lupa berpesan kepada mak supaya sentiasa doakan untuk aku agar aku boleh lakukan umrah dengan baik kerana peluang sebegini tidak muncul selalu. Di dalam bilik hotel aku beristighfar berulang kali mohon diampunkan segala dosa dosa aku terdahulu. Menangis aku seorang diri di dalam bilik ketika melihat di kaca televisyen jemaah melakukan tawaf dan solat di Masjidil Haram. Di sini sentiasa ada siaran langsung di Masjdil Haram..

Akhirnya doa aku dimakbulkan, hari keempat di Makkah darah haid aku kering sepenuhnya. Debaran aku sampai ke kemuncak apabila terpandang Kaabah yg tersergam indah di depan mata. Ketika itu, perasaan bercampur baur tak dapat digambarkan dengan kata kata. Hanya yg pernah melihat Kaabah di depan mata sahaja tahu dan faham perasaan ini. Air mata mengalir tak henti henti. Perkataan Alhamdulillah sentiasa di bibirku menyatakan betapa bersyukurnya aku atas nikmat yg Allah berikan kepadaku. Doa orang yg pertama kali melihat Kaabah adalah mustajab dan diperkenankan Allah.. mak teh selalu pesan perkara ini kepadaku. Tentang isi kandungan doa aku, biarlah hanya aku dan Allah yg mengetahui.

Bayangkan dalam jutaan umat Islam di seluruh dunia, aku antara individu bertuah dipanggil untuk mengunjungi rumah Allah. Ada individu yg berkemampuan tapi tidak terbuka hati untuk datang ke rumah Allah. Itu semua bersebab dan setiap kejadian hanya dengan izin Allah.


 Mak & mak teh di dalam Masjidil Haram memandang 
Kaabah.



 Depan perkarangan Masjidil Haram


Selesai sai dan tahalul. 
Selesai melakukan umrah. Perasaan bercampur baur, sedih ada,gembira pun ada.

Umrah -part 4- Madinah

Assalamualaikum..

Setelah berdoa akhirnya malam ni, aku dapat semangat untuk menyambung cerita umrah setelah lama berdiam diri dari dunia blog. Jujurnya aku semakin lupa cerita umrah. Sebab dah lama tapi aku berdoa mohon dipermudahkan. InsyaAllah...

Di Masjid Nabawi, terletaknya Kompleks Perkuburan Baqi yg menempatkan makam isteri Rasulullah SAW, tiga puteri iaitu Sayyidah Zainab, Ruqayyah dan Ummi Kultsum, Imam Malik, penduduk Madinah dan jemaah haji serta umrah.

Kesempatan yg ada juga aku penuhi dengan mengikuti pelbagai program yg diatur oleh pihak Wira Saujana Travel &Tours seperti berkunjung ke bazar kurma,  Masjid Qiblatain, Masjid Quba ', Masjid Tujuh dan Perkuburan Syuhadah di Jabal Uhud.

Hari keempat, aku menuju ke Makkah dan kota penuh barakah itu aku tinggalkan dengan penuh kesedihan. Tak putus putus aku berdoa mohon kepada Allah, ini bukan kunjungan terakhir aku di Madinah. Aku berdoa mohon dipermudahkan dan diberi kesempatan untuk ke sini lagi.. amin.



 Aku dan mak di Jabal Uhud




 Bazar Kurma