Thursday, October 31, 2013
Umrah -part 7- Makkah Clock Royal Tower
Makkah Clock Royal Tower (Menara Jam Diraja Makkah ) atau dikenali sebagai Abraj Al-Bait. Inilah antara sebab entri pasal umrah aku lambat dihabiskan. Ada perkara yg aku perlu lakukan carian di Internet kerana ada perkara melibatkan fakta. Bila dah jumpa fakta, aku perlu salin sebagai nota kasar dalam buku peribadi aku. Kemudian bila aku dah puas hati baru aku buat rangka macam esei masa sekolah sekolah dulu. Kemudian baru aku taip sebagai entri..
Sebagai rakyat Malaysia, aku berbangga melihat struktur menara jam tersebut tersergam indah hasil tangan jurutera tempatan yg berkhidmat dengan syarikat Jerman, Namanya Wan Nazri Wan Aria. Banggakan....
Melalui pencarian aku, ada 14 tenaga pakar dari Premier Composite Technology yg membabitkan kumpulan anak muda Malaysia untuk memasang jam gergasi itu! aku juga menemui fakta bahawa jam Makkah ini disasarkan menjadi ' Pusat Masa Makkah ' iaitu pangkalan Coordinated Universal Time "T-U-C " dan penunjuk jam terkemuka dunia!...
Al-Bait adalah menara jam tertinggi dan terbesar di dunia, selain mengalahkan struktur menara jam lain di seluruh dunia seperti Menara Jam Palace of Culture and Science di Warsaw, Poland, Menara Jam
The Big Ben di London dan Menara Jam Ann-Bradley di Milwaukee, Amerika Syarikat.
Umrah -part 6- Makkah
Tiga hari berturut turut aku gigihkan diri untuk habiskan entri pasal umrah. Benda dah lama, dah basi rasanya. Setiap yg mula mesti ada pengakhirannya. Aku tak suka buat kerja separuh jalan, jadi nak tak nak kena habiskan jugak. Ok Nurul Fairuz !.. lagipun ada kenalan yg tanya aku bila nak buat entri tentang percutian aku ke Sabah minggu lepas. Ok ok sabaq sat naa. Habiskan dulu entri umrah.
Bagi aku Makkah adalah kota ibadat yg tidak putus putus dikunjungi umat Islam, malah semacam mempunyai tarikan kerana setiap kali waktu solat fardhu lima waktu tiba, semuanya berebut rebut membanjiri Masjidil Haram.
Bukan sekadar menunaikan umrah dengan tawaf mengelilingi Kaabah nan indah, pengisian aktiviti ibadat sangat banyak di dalamnya, setiap penjuru di dalamnya dipenuhi pembacaan alQuran dan zikir.
Umrah -part 5-Perjalanan ke Mekah
Assalamualaikum..
Perjalanan menuju Makkah mengambil masa lebih kurang 7 jam dan aku sangat terleka melihat luasnya padang pasir dan gunung berbatu yg terbentang di depan mata. Aku masih berasa seperti bermimpi apabila melihat suasana yg sangat berbeza dengan bumi bertuah Malaysia.
Perjalanan ini perlu tahap kesabaran yg tinggi kerana di sana tiada tempat perhentian rehat yg indah seperti di Malaysia. Berkali kali aku berdoa mohon untuk tahan 'segala hajat membuang ' samada yg kecil mahupun besar kerana tahap kebersihan tandas di sana amatlah tidak memuaskan. Seingat aku pemandu bas hanya berhenti sekali sahaja untuk perjalanan 7jam. Sesekali kelihatan juga beberapa kabilah menunggang unta menuju ke destinasi masing masing.
Di Bir Ali, kami berhenti untuk miqat dan bermulalah perjalanan umrah kami yg berada dalam keadaan ihram. Ketika inilah perlu beringat pantang larang semasa dalam keadaan ihram. Mutawif mula mengajak jemaah untuk bertalbiah ketika menyambung semula perjalanan ke Makkah. Ketika ini sekali lagi aku berasa sebak.. labbaikallah humma labbaik....
Setelah melalui perjalanan yg meletihkan, kami tiba di Makkah. Ketibaan kami disambut dengan kesesakan kenderaan serta ratusan ribu manusia dari seluruh dunia yg 'dijemput ' menjadi tetamu Allah.
Kami dibawa untuk mendaftar masuk di Hotel Nada Deafah yg terletak kira kira 120 meter dari Masjidil Haram. Setelah melepaskan penat beberapa ketika, akhirnya jemaah bekumpul untuk menunaikan umrah dengan diketuai mutawif.
Tetapi ketika ini aku diuji lagi, aku kedatangan darah haid dan ini menghalang aku untuk melakukan umrah. Aku berada dalam keadaan ihram selama empat hari. Terima kasih kepada mak teh aku yg banyak menolong memberitahu tentang pantang larang yg perlu aku patuhi. Mak teh ada membuat panggilan bertanya tentang keadaan aku kepada ustaz tabung haji yg berada di Malaysia. Alhamdulillah ustaz tersebut banyak menolong menerangkan tentang hukum hakam agama.
Aku tak lupa berpesan kepada mak supaya sentiasa doakan untuk aku agar aku boleh lakukan umrah dengan baik kerana peluang sebegini tidak muncul selalu. Di dalam bilik hotel aku beristighfar berulang kali mohon diampunkan segala dosa dosa aku terdahulu. Menangis aku seorang diri di dalam bilik ketika melihat di kaca televisyen jemaah melakukan tawaf dan solat di Masjidil Haram. Di sini sentiasa ada siaran langsung di Masjdil Haram..
Akhirnya doa aku dimakbulkan, hari keempat di Makkah darah haid aku kering sepenuhnya. Debaran aku sampai ke kemuncak apabila terpandang Kaabah yg tersergam indah di depan mata. Ketika itu, perasaan bercampur baur tak dapat digambarkan dengan kata kata. Hanya yg pernah melihat Kaabah di depan mata sahaja tahu dan faham perasaan ini. Air mata mengalir tak henti henti. Perkataan Alhamdulillah sentiasa di bibirku menyatakan betapa bersyukurnya aku atas nikmat yg Allah berikan kepadaku. Doa orang yg pertama kali melihat Kaabah adalah mustajab dan diperkenankan Allah.. mak teh selalu pesan perkara ini kepadaku. Tentang isi kandungan doa aku, biarlah hanya aku dan Allah yg mengetahui.
Bayangkan dalam jutaan umat Islam di seluruh dunia, aku antara individu bertuah dipanggil untuk mengunjungi rumah Allah. Ada individu yg berkemampuan tapi tidak terbuka hati untuk datang ke rumah Allah. Itu semua bersebab dan setiap kejadian hanya dengan izin Allah.
Umrah -part 4- Madinah
Assalamualaikum..
Setelah berdoa akhirnya malam ni, aku dapat semangat untuk menyambung cerita umrah setelah lama berdiam diri dari dunia blog. Jujurnya aku semakin lupa cerita umrah. Sebab dah lama tapi aku berdoa mohon dipermudahkan. InsyaAllah...
Di Masjid Nabawi, terletaknya Kompleks Perkuburan Baqi yg menempatkan makam isteri Rasulullah SAW, tiga puteri iaitu Sayyidah Zainab, Ruqayyah dan Ummi Kultsum, Imam Malik, penduduk Madinah dan jemaah haji serta umrah.
Kesempatan yg ada juga aku penuhi dengan mengikuti pelbagai program yg diatur oleh pihak Wira Saujana Travel &Tours seperti berkunjung ke bazar kurma, Masjid Qiblatain, Masjid Quba ', Masjid Tujuh dan Perkuburan Syuhadah di Jabal Uhud.
Hari keempat, aku menuju ke Makkah dan kota penuh barakah itu aku tinggalkan dengan penuh kesedihan. Tak putus putus aku berdoa mohon kepada Allah, ini bukan kunjungan terakhir aku di Madinah. Aku berdoa mohon dipermudahkan dan diberi kesempatan untuk ke sini lagi.. amin.
Wednesday, October 30, 2013
Keistimewaan Kota Madinah
Satu satunya tanah yg Rasulullah SAW sahkan boleh digunakan untuk mengubati penyakit dengan izin Allah ialah tanah di kawasan tanah haram Madinah.
Di dalam sebuah hadis yg diriwayatkan Bukhari, Rasulullah SAW bersabda, " Dengan nama Allah , debu tanah kita (yg dicampur) dengan air liur setengah daripada kita menyembuhkan dari penyakit kita dengan izin Allah ".
Dalam soal keistimewaan meninggal dunia di Madinah, Rasulullah SAW bersabda "sesiapa berkemampuan untuk meninggal dunia di Madinah hendaklah dia meninggal dunia di sana, kerana aku akan memberi syafaat bagi pihak setiap orang yg meninggal dunia di situ. " (Riwayat Al-Tirmizi).
Madinah merupakan salah satu dari dua kota suci Islam yg dikawal para malaikat sepanjang masa. Kawalan yg dibuat itu ialah bagi menghindari penyakit taun dan serangan Dajjal. Seperti yg kita tahu bahawa di akhir zaman nanti, Dajjal akan muncul di setiap kota dan desa. Namun istimewanya Madinah dan Mekah tidak dapat dimasuki Dajjal kerana ia dikawal oleh para Malaikat yg diutus Allah bagi tujuan tersebut.
Sunday, August 4, 2013
Nostalgia Hari Raya
Assalamualaikum..
Of topik jap pasal Umrah. Lagi 3 hari dah nak raya. Jadi kita ambik mood raya jap. Rasa sedih sayu pulak hati ni, Ramadhan akan pergi meninggalkan kita semua. Bulan yg mulia yg membawa seribu barakah buat kita. Aku mohon agar kita semua dipanjangkan umur untuk bertemu lagi Ramadhan yg akan datang.
Sempat jugak aku curi waktu untuk tulis entri kali ini. Di kala sibuk menjahit manik tempahan customer ( ada lagi 3 helai cheq naik seram aiihh )... teriba teringat nak tulis pasal raya. Kalau raya je memang tak sah tanpa rendang, ketupat, lemang, biskut samperit dan macam macam jenis moden sampai bermacam macam nama, bermacam macam resepi. Kuih lama jangan dilupa. Kuih sepit haaa tu aku memang suka !!.. dodol, bahulu eh macam macam lagi la.
Dulu masa aku kecik kecik masa sekolah rendah la, memang excited habis nak raya. Masa arwah tok masih ada, tiap tiap tahun mesti nak kacau halwa maskat. Hampa tau ka kuih halwa maskat tuuu. Alaa yg kaler kuning2 nak oren tu. Hiiii cheq tak tau la orang negeri lain panggil kuih tu kuih apa. Yg penting memang sedap. Nak kacau mesti guna periuk tembaga, senduk tembaga, idak kaler nye tak cantik. Jadi sebam. Tak shining .. shine bright like a diamond ka? Tak de lah shine sampai camtu. Hehe. Gerun pulak nak makan kang kalau shine sampai gitu kan. Proses penyediaanya pun boleh tahan jugaklah. Tepung perlu direndam 3 hari 3 malam. Pastu nak tapis pulak guna kain tudung tu. Perah sampai tepung tu tak tinggal apa. Jadi macam getah sekerap pun ada tepung tu. Yg nak guna hanya kanji tepung tu.
Pernah sekali mak aku cuba buat Halwa Maskat guna kuali biasa. Hasilnya kuih tak menjadi. Sebam, buang je sayang kan. Tahun ni mak berangan nak buat. Rasanya berangan je kot. Tak sempat nak buat. Baju customer banyak lagi..
Lagi satu masa arwah tok masih ada, arwah rajin sangat buat putu kacang. Ermmmmm sedap nya putu kacang arwah tok. Tepung buat sendiri dengan kacang. Nanti nak ketuk2 guna lesung kaki tu. Kalau tak ada lesung biasa pun boleh. Yg hulunya panjang tu. Aku masa tu suka sangat menyibukkan diri. Tambah tambah bila nak ketuk putu kacang tu. Memang aku suka sangat menyibuk. Duduk tepi tok, nanti mula la cakap kat tok " tok, buat la acuan ni pulak. Da gambaq arnab comey ni.. " biasalah budak budak gi masa tu, mestila suka sangat yg bentuk comey comey tu kan. Yg bestnya tok tak marah pun kat cucu dia yg sorang ni. Tetiba rasa sedih pulak teringat kat arwah. Sebab masa arwah ada, aku memang dimanjakan habis. Kalau mak marah je, nanti tok marah balik kat mak. Tidor pun bawah ketiak tok. ( mengalir air mata ni kat teringat kat arwah )... rindu nyaaa kat tok.
Kesat air mata....
Ok bab baju raya pulak dulu masa sekolah rendah mesti mak sediakan baju kurung 2 pasang. Then gaun ke, seluar jeans ke sepasang. Lagi seminggu nak raya, abah mesti bawa pergi shopping kat Penang. Naik feri, sampai Penang naik beca. Uihhhhh lama giler la cheq tak naik beca. Kalau sekarang nak naik pun mesti pakcik yg kayuh tu pikir 10 kali pe ! Ye lah cheq kan mok..huhu. Budak kecik biasa la akai banyak. Jalan kat Komtar cikit je, mula la aku buat muka monyok. Mak cakap tarik muka 14 dahhh. Beli je air milo kotak terus ok. Hehe sekarang tak mcam tu dah. Dah besar dah. Dah boleh jadi mak budak dah pun. Sebelum balik ke seberang mesti abah bawa pekena nasi kandaq dulu. Dulu abah suka sangat bawa aku makan nasi kandaq Yasmin. Aku teringat lagi ayam dia mak aiiiii besar giler. Nasi tu sikit je. Ayam yg besar penuh pinggan. Memang sedap. Dah pekena nasi kandaq baru naik feri balik rumah di seberang. Dah balik rumah apa lagi mula la tidoq tak lena ye lahhh baju raya dah ada. Dok hitung hari je bila nak raya. Mesti tanya abah, " abah abah lagi berapa hari nak raya? " abah mesti jawab baik2. Jangan tanya dekat mak. Uihhh mak memang garang giler. Kena sembur kalau dok tanya kerap.
Mercun
Kisah mercun pulak. Disebabkan mak kita garang giler, kita hanya dibenarkan main bunga api je. Aku suka sangat bunga api yg besi tu..yg nanti keluar api macam bintang tu kan cantik. Tapi mak tak bagi. Mak cakap bahaya. Nanti cucuk mata. Huh ! Semua tak boleh ! ( mesti marah balik kat mak, tapi dalam hati je ) nak mampos cakap depan, mau kena tampaq pipi ni.. tapi kita ada geng yg kamceng. Sapa lagi mesti lah Abahhhhhh. Nanti abah bawa naik vespa, tak pun kayuh beskal pergi pekan Junjong, beli bunga api dengan mercun bola, mercun pop. Itu je yg abah bagi beli. Kira ok la kannn. Nanti dah balik rumah mak dah tak boleh marah sebab dah beli. Mainlah kita cowang cowang..ye lah kita cowang jew. Kadang kadang pergi main dengan jiran.
Duit raya
Disebabkan kita anak tunggal, itu kelebihan kita. Pergi raya mesti dapat duit raya banyak. Pergi rumah pak sedara mesti dapat RM10. Kalau sedara mak yg dari KL balik kampung lagi la kita raya, sebab sedara mak mesti kasi lebih. Kalau sorang kasi RM100, ada 3 orang dah berapa kan... hihihihihi. Bolot kita sorang la. Untung jugak jadi anak tunggal ni. Kalau adik beradik ramai, da 5, 6 orang takkan nak bagi sorang RM10. Pakai muflis la kan. Sampai aku umur 20 tahun aku masih dapat duit raya. Cuma bila dah kerja dah tak dapat. Tapi kalau sedara mak yg dari KL balik memang diaorang akan hulur jugak. Sebab katanya Fairuz tak kahwin lagi. Hihihihi... dapat jugak duit raya.
Tapi bila dah besar ni...suasana dah lain. Rasa excited nak raya pun dah tak macam dulu. Aku rindukan suasana raya yg dulu. Serius rindu sangat !
Saturday, July 20, 2013
Umrah - Kota Madinah - Part 3
Assalamualaikum
Hari ke 3, 19 Jun 2013 di Madinah.
Kelebihan Bersolat di Masjid Al Haram dan Masjid Al Nabawi :-
Ertinya : Dari Abi Darda' r.a. berkata : Sabda Rasulullah saw, Sembahyang di Masjid Al Haram 100 ribu kali sembahyang dan sembahyang di Masjidku 1000 kali sembahyang dan sembahyang di Baitul Maqdis 500 kali sembahyang.
Pagi pagi lagi aku dah bangun, nak check tengok ada tak? Alhamdulillah tengok dan tak de. Cepat cepat aku mandi. Yeaaa ! Alhamdulillah gembiranya di hati dapat masuk dalam Masjid Nabawi. Solatku yg pertama di Masjid Nabawi. Pertama kali menjejakkan kaki di masjid indah ni, rasa seronok dan sayu. Bersemangat aku pagi tu untuk solat Subuh. Ramainya orang! Serius walaupun dah masuk dalam Masjid Nabawi, aku masih tak percaya yg aku telah pun jejakkan kaki di masjid indah itu. Macam mimpi.
Alunan imam yg mengimamkan solat sangat menyentuh menusuk tangkai hati. Sedaaapnya Ya Allah..rasa sayu je. Bila ada part yg nak kena dengung tu, bila imam dengungkan je, alahaiiiiiii terasa di hati ni. Rasa diri sangat kerdil, rendah diri sangat. Selesai solat, air mata ni turun tak berhenti henti. Bila aku angkat tangan untuk berdoa pada Yang Maha Esa, terus air mata ni tak boleh ditahan lagi. Syukur tak terhingga Allah beri peluang kepada aku untuk beribadah di masjid suci ini. Segera terbayang betapa cintanya Allah pada hambaNya, walaupun aku kadang kadang lalai dan terbabas dari landasan sebagai hambaNya. Dulu solat pun rongak macam gigi. Aurat pun tidak ditutup dengan sempurna. Dan macam macam lagi yg aku dah buat. Tapi Allah masih beri aku peluang untuk menjadi tetamuNya. Subhanallah kasihNya Dia. Allah sentiasa memberi peluang untuk kita bertaubat atas dosa dosa kita yg silam. Selesai berdoa, ada satu ketenangan yg sukar digambarkan dengan kata kata. Hati rasa sejuk ibarat dicurah air sejuk. Allahuakabar...air mata sangat mudah mengalir bila berada di sini. Sungguh! Bukan air mata dibuat buat. Tapi mengalir tanpa sedar dan tanpa kawalan. Peluang untuk beriktikaf di masjid nabi ini tidak aku lepaskan. Tenang....
Pertama yg aku perhatikan, kawalan di masjid ini sangat ketat. Nak masuk, terpaksa buka siap siap beg yg kita bawa. Di check nya setiap compartment dalam beg. Di raba raba jugak bawah beg. Aku tak pasti perempuan yg check tu polis atau pengawal keselamatan. Yg pasti mereka sangat tegas. Aku perhatikan mereka agak lembut dengan orang Malaysia dan Indonesia. Tapi dengan bangsa mereka sendiri mereka agak kasar. Mungkin itu sudah budaya mereka. Kasar !!. Berpakaian serba hitam, hanya nampak bijik mata je. Aku memang tak berani bawa handfon masuk ke Masjid Nabawi. Sebab kawalannya sangat ketat. Aku tak nak ambil risiko kehilangan handfon. Tapi untuk orang lelaki tak mengapa jika di sana. Kawalan tak seketat orang perempuan. Orang lelaki ada banyak kelebihan di sana berbanding perempuan.
Kedua, nak masuk ke dalam Masjid Nabawi, sila perhatikan pintu yg anda masuk. Ingat baik baik. Sebab kat sana terlalu banyak pintu. Pintu pintu tu semuanya sama. Tapi bagus jugak sekarang dah ada nama di atas pintu tu. Jadi hafal je pintu mana yg kita masuk.
Ketiga, di Masjid Nabawi agak sesak dengan orang. Nak solat terpaksa berhimpit himpit. Dulu dok dengar cerita orang je, solat masa sujud bila bangun duduk bawah jubah tok arab. Memang betul. Ada sekali depan aku, orang Turki kot. Jenis yg pakai kain selubung dari atas sampai bawah tu. Bila sujud, kain selubung dia tu menggerbang sampai masuk atas kepala aku. Nak bangun je dari sujud ehhh pesal gelap nih. Rupanya dok bawah kain dia.. istighfar je aku. Bila berada di sana, banyakkan BERSABAR. Kadang kadang bangsa arab ni, kita dah letak sejadah untuk tempat kita sujud nanti, mereka buat derkkk je lalu, pijak sejadah tu. Kadang kadang hangin jugak aku. Tapi fikir SABARRR....SABARRRR Nuyui Peyus...
Lagi satu bila dah masuk masjid, mesti nak buat solat sunat tahiyatul masjid kan. Baru je nak angkat takbir, ada je tok arab lalu depan aku. Tak kira usia. Ada yg pangkat nenek, yg sebaya aku, yg budak budak pun ada, lalu depan aku buat derrkk je. Dalam hati kadang kadang terdetik jugak, kenapa mereka ni tak mewarisi sifat sifat Rasulullah yg lemah lembut. Jauh sangat bezanya. Kasar kasar kasar... macam tak ada adab. Tak hormat orang lain nak solat. Bila nak solat terpaksa aku keraskan badan. Kalau dok buat lembik je, haaa mau melayang bila tok arab langgar. Bila sujud pun kadang kadang kepala ni terkena kaki mereka. Dalam hati haiiisshhhh !! Tapi SABARRR.. istighfar banyak banyak.
Air zam zam bertong tong ada disediakan dalam masjid. Mudahnya nak minum air zam zam bila berada di sana. Sediakan botol mineral kosong bila nak pergi masjid tu. Dah habis solat sebelum keluar boleh la isi botol kosong tu dengan air zam zam. Minum lah banyak mana nak minum. Air zam zam yg sejuk menjadi pilihan aku. Sedaaap tak terhingga. Bukan secawan yg aku minum, selalunya 2 cawan. Sebelum solat secawan dan selepas solat secawan. Bila balik bilik hotel, berbotol botol pulak. Alhamdulillah nikmat air zam zam yg Allah berikan. Mak teh aku pun ada pesan " ayuih dah sampai sini, haaa minum la banyak mana pun nak minum air zam zam tu "..
Yang pasti Masjid Nabawi sentiasa penuh bila sampai waktu solat...seronok tengok beribu ribu manusia tak kira bangsa berpusu pusu menuju ke Masjid Nabawi untuk beribadah kepada Allah..
( lupa nak cerita : masa di KLIA, awal awal lagi ustaz Nabil iaitu wakil ajen dah pesan. Jangan beli simcard yg dijual di airport sana nanti. Takut tak boleh guna nanti. Bila nak top up nanti ada masalah. Ustaz Nabil berulang kali pesan. Nak beli simcard beli yg jual kat tepi tepi hotel. Ada banyak. Dia syorkan kami beli simcard Zain. Memang betul bila sampai je kat airport Madinah, ada ramai yg menghulurkan simcard. Jangan beli ingat pesan orang yg berpengalaman. Lagi satu, kad simcard tu kena simpan elok elok, sebab nanti bila nak topup, perlukan nombor yg tertera di kad tu
















