Tuesday, January 8, 2013

Bihun Perasa Fairuz

Assalamualaikum


Bihun Perasa Fairuz 

Ok kenapa tetiba aku letak tittle Bihun Perasa Fairuz pulak ni? Keje makan je ko ek Nurul Fairuz. Sebenarnya malam ni aku diberi keberanian untuk bercerita kisah benar yang berlaku kepada aku lebih kurang 2 tahun yang lepas. Aku lebih suka cakap cerita ni sebagai ' kes '. Kes aku JATUH DALAM PERIUK BIHUN yang sangat besar periuk tu semasa aku bekerja sebagai budak kitchen di hotel Banding. 

Alkisahnya berlaku sewaktu hotel tu ada function untuk cycling punya group seramai 400 orang. Aku bekerja shift petang waktu tu. Start jam 3 hingga 11 malam tetapi disebabkan ada function so aku kena buat ot sampai ke pagi. Biasalah bila dah ada group masuk hotel kami ni yang bekerja di kitchen kenalah bertungkus lumus memasak. 

Nak jadi cerita, menu breakfast keesokan harinya adalah bihun goreng. Aku yang bekerja shift dari petang sampai ke malam kenala buat preparation untuk breakfast punya menu. Bihun untuk kapasiti 400 orang direndam ke dalam periuk yang terbesar. Penuh air dan penuh bihun. Bila dah keje lebih masa of course lah penaatt weeh. Tapi mikirkan gaji bulan depan lebat cikit aku pun oklah.. 

Aku ditugaskan untuk mengisar cili kering yang sangat banyak untuk kegunaan esoknye. Punyalah ralit aku mengisar cili aku tak sedar bahawasanya periuk yang berisi rendaman bihun ituuu berada hanya beberapa inci di belakang kakiku ( wahh ayat tak bole blahh hihi ). Entah macam mana kesilapan teknikal dari kakiku yang gatal nak berundur ke belakang, maka... aku terJATUH KE DALAM PERIUK BIHUN UNTUK BREAKFAST 400 ORANG MAKAN !!!! duusssshhhh aku tak sempat nak imbangkan diri terus jatuh dalam periuk itu dalam keadaan terlentang.. wuaaaa aku rasa nak nangis time tu. Habis baju basah, tudung basah, yang paling tak tahan ada bihun dalam safety shoes yang aku pakai tu.. ( hahaha tak dapek aku bayang bau kasut itu setelah seharian bekerja ). Aku cepat cepat bangun dari periuk tu. Bila aku pusing ke belakang aku tengok rakan rakan sekerja aku semua senyap sambil pandang aku dengan pandangan yangsukar dimengertikan. Aku nak nangid tapi entah macam mana wayar gelak aku suruh aku gelak sekuatnya. Apalagi budak budak yang keje dalam kitchen tu pun sama sama gelak kuat kuat berdekah dekah kat aku. Weiiii tapi jujur aku rasa nak nangis time tu nak sorok muka aku dalam tasik banding pun tak pe janji orang tak nampak aku time tu...

Nasib baik ada ija member baik aku tolong aku time tu. Dia temankan aku turun ke dorm untuk sslin baju. Masuk dorm, Kurnia member aku jugak tegur ' fairuz apasal basah kuyup ni? '. Sekali lagi wayar gelakksss aku tercuit, aku gelak berdekah dekah tapi tak bole nak citer kat dia apa yang berlaku sebab rasa geli hati sangat.. lastly baru cerita pasal kes jatuh bihun tu. Apalagi dalam dorm pulak pecah perut ketawa kat aku.

Lepas je salin baju aku terus naik kitchen aku tau aku kena teruskan keje aku yg tergendala tadi tu. Malu tak usah cerita la. Masuk kitchen aku tengok chef bakhtiar baru je sampai. Yang aku hairan mana dia tau aku jatuh dalam periuk bihun? Dia siap cakap ' aiii saya dengar ada orang jatuh dalam periuk bihun tadi ' OMG sapa citer ni??? Time tu aku rasa muka aku tebal setebal tembok cina. Ahhhh pedulikan mereka. Aku tanya chef, bihun tu macam mana? chef kata tukar air je lah. Bihun boleh guna lagi..aku kata biar betul chef. Takkan nak bagi 400 orang makan bihun ni? chef cakap tak pe.. goreng je bihun tu esok pagi... angpa dapat bayang tak bihun tu rasa apa? Hihihihi tentulah bihun tu berperasa Nurul Fairuz..bukan senang nak buat tauuuu.

Chef cakap sepanjang saya kerja dihotel tak de lagi lah kes orang jatuh dalam periuk bihun. Hang pecah rekod Fairuz ...sambil dia ketawa. Sejak kes tu jadi, ada beberapa orang dalam hotel tu yang gelarkan aku BIHUN. Sampaikan sekarang ni pun walaupun aku dah tak keje sana, budak Debeng dengan En Zin selalu panggil aku BIHUN...

Nasiblah group 400 orang tu...

Terima kasih sebab baca entry niii :)

2 comments: